Untuk episod kali ni, kita tengok proses macam mana pertukaran darah berlaku. Kenapa lah zaman dulu tak da cerita-cerita macam ni... Cells at work - The circulatory system
Blog perkongsian bahan bantu mengajar untuk aktiviti Sains, Matematik dan STEM. Semoga bermanafaat!
Tuesday, March 26, 2019
Thursday, March 21, 2019
Nombor pasangan - Prasekolah
Jom kita buat latihan nombor berpasangan menggunakan blok Domino
Cuba ya!
Luv,
Cikgu Ana
Wednesday, March 20, 2019
DADU DICE - STEM Prasekolah
Dadu adalah bahan bantu mengajar yang sangat awesome. Saya selalu gunakannya untuk murid prasekolah bagi umur 4-5 tahun.
Saya bina satu templat dadu untuk murid isi sendiri dot nya. Murid kemudiannya bina dadu sendiri dengan menggunting dan menampal untuk membentuk dadu tersebut.
Cuba ya!
Luv,
Cik Ana
Bunga mawar yang sombong - Sains Tahun 5
Haiwan dan tumbuhan mempunyai ciri-ciri khas yang dapat membantu mereka di dalam keadaan ekstrem.
Tonton video di bawah.
Mengapa bunga mawar ini di panggil 'AJAIB'?
Siapa kawan Ajaib?
Apakah pengajaran yang boleh diperolehi daripada cerita ini?
Jawab soalan formatif di http://gg.gg/SDHPPUKMmawar
Cuba ya!
Luv,
Cikgu Ana
Pusat Pembelajaran Kendiri SDH PPUKM
Hari ini kita gunakan akses di sudut Pusat Pembelajaran Kendiri. Terima kasih kepada Digi atas sumbangan dua buat laptop untuk kegunaan murid di Sekolah Dalam Hospital.
Kita nak biasakan murid dengan ICT. Benar kata Asya (adik ipar) yang dulunya guru Teknologi Maklumat & Komunikasi (TMK), budak ni nak taip nama pun 15 minit. Tak pa, kita cuba bantu mana yang boleh.
Sebagai tambahan Cikgu Ana sedang cari dana untuk beli mouse, pen drive, headphone dan extension. Kepada sahabat yang berhajat untuk menyumbang, PM ya 😉.

Tuesday, March 19, 2019
Pertukaran Gas - Sains Tingkatan 3
Sistem pernafasan adalah sistem biologi semua organisma yang membabitkan pertukaran gas. Malah tumbuhan juga mempunyai sistem pernafasan, mengambil gas karbon dioksida dan mengeluarkan oksigen ketika siang.
Sistem pernafasan manusia mengandungi :
- Saluran pernafasan (nasal passage), di mana udara dilembabkan dan tempat deria bau berfungsi.
- Farinks, kawasan umum di belakang mulut di mana udara, makanan dan air lalu
- Larinks, atau peti suara
- Trakea, saluran udara yang bersambung kepada bronchi
- Tiub bronkus, yang membawa udara dari dan kepada paru-paru
- Bronkiol, cabang bronkus yang menyebarkan udara ke alveoli
- Alveolus, kantung akhir di mana berlaku pertukaran gas.
maklumat dari sumber Wikipedia
Buat latihan formatif di sini http://gg.gg/SDHPPUKMalveolus
Monday, March 18, 2019
Deria Manusia - Sains Tahun 1
Manusia mempunyai 5 deria. Boleh kamu namakan deria tersebut?
Ujian formati di jalankan di sini http://gg.gg/SDHPPUKMderia
Minggu Baik Hati Kebangsaan / National Kindness Week 2019 - Post 2
Hari ini kita edit hasil kerja Megat, Adam dan Fauzi.
kami edit ke dalam fail publisher.
Di sini cikgu kongsikan templat Minggu Baik Hati, dalam bentuk pdf. Boleh print depan belakang terus dan boleh edit ikut kesesuaian sekolah.
kami edit ke dalam fail publisher.
Di sini cikgu kongsikan templat Minggu Baik Hati, dalam bentuk pdf. Boleh print depan belakang terus dan boleh edit ikut kesesuaian sekolah.
Friday, March 15, 2019
Minggu Baik Hati Kebangsaan / National Kindness Week 2019 - Post 1
Sempena Minggu Baik Hati Kebangsaan yang akan berlangsung pada 2-6 April 2019, Sekolah Dalam Hospital PPUKM akan menjalankan Kempen Ucap Terima Kasih.
Tujuan kami memilih tema ini adalah bagi menerapkan nilai berterima kasih kepada semua insan yang berada di sekeliling kita, ibubapa, jururawat, doktor, guru, rakan dan orang lain di sekeliling kita.
Cikgu Ana sedang membimbing Megat Hami, Muhammad Adam Haris Sitinoresah dan Muhd Fauzi untuk menyediakan booklet untuk aktiviti tersebut.
Setakat ini ada dua sekolah sudah mahu menggunakan konsep ini untuk kempen yang sama. Cikgu Ana sedang sediakan bahan untuk mereka. Satu set buku akan dilengkapkan dengan 200 stiker.
Maklumat tentang Minggu Baik Hati Kebangsaan boleh dirujuk di sini https://standtogether.my/
Ada yang nak sertai Kempen Ucap Terima Kasih kami?
TERIMA KASIH🥰
Luv,
Cikgu Ana
Thursday, March 14, 2019
Gerak balas tumbuhan - Sains Tahun 4
Tumbuhan bergerak bals terhadap rangsangan. Bahagian tumbuhan yang bergerak balas terhadap rangsangan ialah akar, pucuk, daun dan bunga.
Murid boleh ujian formatif di sini. gg.gg/sdhppukmgerakbalastumbuhan
Cuba ya!
Luv,
Cikgu Ana
Murid boleh ujian formatif di sini. gg.gg/sdhppukmgerakbalastumbuhan
Cuba ya!
Luv,
Cikgu Ana
Tuesday, March 12, 2019
Meiosis dan Mitosis - Sains Tingkatan 4
Proses Meiosis dan Mitosis
Untuk sumber tambahan selain dari buku teks, saya akan minta murid mencari video yang berkaitan. Contoh video ialah seperti video pembahagian meiosis dan pembahagian mitosis.
Hujung sesi PdP, murid akan cuba untuk jawab soalan formatif di sini gg.gg/sdhppukmmeiosismitosis
Cuba ya!
Luv,
CIkgu Ana
(sumber Google)

Symmetry Me - Aktiviti Rama-Rama - Prasekolah
Di sini saya sertakan template rama-rama untuk aktiviti murid Prasekolah. Rama-rama ini saya lukis dan adaptasi hasil dari lukisan saya di Autodraw.
Contoh hasil kerja murid
Cuba ya!
Luv,
Cikgu Ana
Kitar Hidup Rama-Rama - Prasekolah
Hari ni saya nak kongsi aktiviti Kitar Hidup Rama-Rama. Aktiviti ini saya kena sesuaikan untuk murid yang umur 4+, 5+ dan 6+.
Secara asasnya, berikut adalah rancangan pengajaran harian yang dicadangkan.
Tunjang : Awal Sains (SA 3.0 MENYIASAT ALAM HIDUPAN)
Std Kandungan : SA3.3 Membuat penerokaan ke atas haiwan
Std Pembelajaran : SA3.3.7 Memerhati dan menceritakan kitaran hidup haiwan
Tunjang yang disepadukan :
Tunjang Bahasa Melayu (BM3.1.4 Mengkoordinasikan pergerakan mata dengan tangan melalui lakaran bentuk, corak dan garisan secara bebas)
Tunjang Kreatif & Estetika (KE3.3.3 Membuat corak dan rekaan mengikut kreativiti sendiri)
Tunjang Awal Matematik (MA6.3.3 Membuat binaan menggunakan pelbagai bahan mengikut kreativiti dan menceritakannya)
Objektif:
Murid dapat menyatakan kitar hidup rama-rama
Kemahiran Berfikir Aras Tinggi : Menganalisa, menilai
Aktiviti:
1. Guru menayangkan lagu Rama-Rama sebagai set induksi.
2. Guru menguji pengetahuan sedia murid tentang kitar hidup rama-rama.
3. Guru menayangkan video kitar hidup rama-rama
4. Murid menyatakan semula kitar hidup rama-rama (secara lisan)
5. Guru memilih aktiviti yang sesuai dengan murid.
- Diorama kitar hidup rama-rama
- Symmetry Me!
- 3,2,1 Action
- Butterfly wheel
(Modul Pembelajaran Pembezaan/ Differentiated Learning Butterfly STEM Kit telah dikongsikan di 5th INTERNATIONAL POSTGRADUATE CONFERENCE ON SCIENCE AND MATHEMATICS (IPCSM) 2017)
6. Murid ditayangkan dengan lagu Kitar Hidup Rama-Rama. Lalala... kita nyanyi sama-sama

Monday, March 11, 2019
AUTODRAW - Cikgu Ana pandai lukis???
Perkongsian hari ini adalah tentang aplikasi Autodraw. Aplikasi ni adalah untuk orang yang tak begitu mahir melukis seperti saya.
1. Pergi laman web AutoDraw.
2. Ini adalah interface bagi AutoDraw. Pilih gambar pensel pertama (AutoDraw). Set kan warna yang kita suka.
3.Mula lah melakar. Saya nak lukis gambar rama-rama hari ini. Jadi saya lakar gambar rama-rama.
Keluar cadangan gambar ini. (bahagian atas kertas akan keluar deretan pilihan).
Cubaan melakar pokok
Cubaan melakar kereta

4. Untuk save gambar, pilih tetapan di bahagian atas kiri interface (garis tiga melintang). Ada pilihan download dan lain-lain.
Selamat melukis, cuba ya!
Luv,
Cikgu Ana
Friday, March 8, 2019
Kesan Dadah Pada Otak - Sains Tingkatan 4
Pembelajaran kendiri... sesuai untuk murid sekolah menengah.
Jawapan akan dicetak dan dibincangkan.
Cuba ya!
Luv,
Cikgu Ana
Poster Langkah Keselamatan Dalam Makmal Sains
Hari ini disebabkan SDH diserbu oleh Yasmin, Fauzi, Adam Haris secara tiba-tiba, maka saya memilih untuk membuat aktiviti membina poster langkah keselamatan dalam makmal sains. Saya pun ada seorang lagi pelajar Tingkatan 4 lain yang juga perlu diuruskan. Mujur hari ini kumpulan cilik di asingkan dari kumpulan murid remaja.
Tajuk keselamatan dalam bilik makmal itu adalah tajuk yang sesuai untuk dijalankan serentak bagi murid Tahun 6 dan juga Tingkatan 1.
Mula-mula saya minta mereka bertiga berbincang ciri-ciri poster yang baik. Maka timbullah idea dari mereka seperti jenis tulisan yang sesuai, penggunaan grafik dan kandungannya.
Saya minta mereka mencipta poster mereka di dalam template ini.
Disebabkan kekangan masa, mereka cari gambar yang bersesuaian dan tampal di atas poster mereka.
Terhasillah....
Saya suka idea poster ni kerana murid perlu cari maklumat sendiri dan komunikasikan dapatan mereka dalam bentuk yang interaktif dan menarik.

Thursday, March 7, 2019
DOMINO - matematik (tambah)
Hari ni saya buat aktiviti penambahan menggunakan blok Domino.
Mula-mula kita buat dulu mini book guna kertas A4, cara buat minibook boleh ikut link ini Buku Mini
Kemudian murid ambil blok Domino secara rawak, lukis dan tulis ayat matematik.
Salah satu kepuasan murid bila kita empower dia untuk buat keputusan. Walaupun memilih domino secara rawak tu nampak simple, tapi bila cikgu bagi peluang untuk memilih, mereka happy! Itu yang saya belajar daripada pembacaan buku Teach Like Finland (Walker,2017).
So, bagi peluang pada mereka ya, bagi mereka 'POWER'

Monday, March 4, 2019
MY FRIZZY HAIR - Aktiviti STEM Tahap 1 / Prasekolah.
Hari ni saya kongsikan aktiviti STEM untuk tahap 1 dan juga prasekolah. Ia lebih berfokus kepada kemahiran saintifik. Kemahiran ini adalah
kemahiran yang penting bagi menghasilkan murid yang mempunyai literasi sains.
Bagi aktiviti ini, kemahiran saintifik utama yang digunakan ialah kemahiran
memerhati, menggunakan nombor dan mengawal pembolehubah. Murid akan memerhati
perubahan warna yang terlibat akibat daripada pencampuran warna. Murid juga perlu mengawal pembolehubah untuk mendapatkan warna dan patern hasil tiupan yang
dikehendaki.
Campur warna ... tiup.. tiup... tiup....
Selepas memehati proses penyejatan (warna kering), murid akan belajar
untuk membuat pengukuran bagi garisan tidak lurus. Walaupun jika mengikut silibus, murid akan berlajar pengukuran garisan tidak sekata ini pada tahun 4, saya rasa tak salah kalau kita beri pendedahan awal pada murid. Murid akan menggunakan tali
dan benang untuk mengukur panjang hasil tiupan.
TAJUK : My Frizzy Hair
OBJEKTIF :
-
Murid dapat membuat pemerhatian terhadap
perubahan warna
-
Murid dapat mengukur panjang garis tidak lurus
STEM TRANSDISIPLIN :
Sains Tahun 1 / 1.0 Kemahiran
Saintifik
Matematik Tahun 1 / 6.0 Ukuran
dan sukatan
Sains Tahun 4 / 6.0 Pengukuran
Pendidikan Kesenian Tahun 1 / 3.0 Modul Kreativiti Dan Inovasi
BAHAN YANG DIPERLUKAN :
- Warna asas (merah, kuning, biru)
- Pencungkil gigi
- Pipet
- Air
- Pallet warna
- Kertas lukisan
- Benang / Tali
- Pembaris
- Penyedut minuman
KAEDAH :
- Letak tiga warna asas dalam palet secara berpasangan. (merah-biru) (merah-kuning) (kuning-biru)
- Campurkan warna menggunakan pencungkil gigi. Murid memerhati perubahan warna.
- Murid meletakkan 2 titis air ke dalam campuran warna. Sebatikan warna dengan air.
- Titiskan warna ke atas template kepala. Tiup titis warna mengufuk dari bahagian kepala. Perhatikan patern yang terbentuk.
- Biarkan kering.
- Ukur garisan warna yang paling panjang. Bandingkan ukuran dengan rakan-rakan lain.
Selamat mencuba!
Luv,
Cikgu Ana
😍Terima kasih kepada Esya dan Irfan.. i luv you guys.
Subscribe to:
Posts (Atom)
Asas Operasi Tambah
Mari kita buat latihan menggunakan Liveworksheet. Tambah Set 1 Tambah Set 2 Tambah Set 3 Tambah Set 4
-
Mari kita belajar cara mengetahui waktu melalui bacaan pada muka jam. Ini adalah muka jam. Ada nombor 1 hingga 12. Jarum pendek ialah jarum...
-
Tarsia adalah satu software percuma bagi membuat permainan berbentuk jigsaw, domino atau card. Saya sudah menggunakan Tarsia sejak beberap...
-
Masih ingat lagi tentang masa dan waktu yang dipelajari pada tahun 1? Jarum panjang? Jarum Pendek? apa kegunaanya di muka jam? Mari kita ula...