Thursday, July 11, 2019

SHAPE STEM PROJECT MINGGU PSS SDH PPUKM (PETANG)

Credit picture to https://creeksidelearning.com

Objektif :
1. Menerapkan kemahiran proses sains dalam menjalankan aktiviti
2. Mengenalpasti asas binaan yang paling kukuh

Prasekolah & Sekolah Rendah Tahap 1


Bahan-bahan
1. Kertas A4
2. Pita Selofan
3. Buku (sebagai beban)

Cara-cara
  • murid menggulung/ melipat kertas kepada bentuk silinder, segi empat dan segitiga
  • murid menguji kekuatan binaan dengan sebuah buku, murid boleh menambah bilangan buku jika perlu

Sekolah Rendah Tahap 2 & Sekolah Menengah


Objektif :
1. Menerapkan kemahiran proses sains dalam menjalankan aktiviti
2. Menyusun lipatan yang paling tidak kukuh kepada yang paling kukuh

Bahan-bahan
1. Kertas A4
2. Pita Selofan
3. Buku (sebagai beban)

Cara-cara
  • murid diperkenalkan dengan bentuk silinder, triangel, cuboid, pentagon
  • murid melipat kertas kepada bentuk silinder, triangular prism, cuboid, pentagonal prism,reinforced cylinder
  • murid menguji lipatan mana yang paling kukuh dengan meletakkan buku diatasnya. 
  • murid boleh menambah jumlah buku jika perlu
Video cara melipat bentuk asas binaan, mula minit 2.16





Minta murid buat kesimpulan, bentuk binaan mana yang paling kukuh?

p.s : Doakan kejayaan saya ya!

PAPER GLIDER STEM PROJECT MINGGU PSS SDH PPUKM (PAGI)



Tajuk : Paper Glider STEM Project (Sesi Pagi)

(Gambar credit to Google)

Tarikh : 18 Julai 2019

Objektif :
1. Menerapkan kemahiran proses sains dalam menjalankan aktiviti
2. Menjelaskan semula langkah-langkah menyelesaikan projek melalui penerangan dari video
3. Membezakan pengukuran piawa dan tidak piawai

Prasekolah & Sekolah Rendah Tahap 1


Bahan-bahan
1. Straw
2. Kertas warna (ukuran 20 cm X 5 cm ) dan (ukuran 29 cm X 4 cm)
3. Pita Selofan

Cara-cara
  • murid menggunting dan membina paper glider
  • murid menguji paper glider
  • murid melontar dan mengukur jarak paper glider dari tempat lontaran
Nota
  • guru boleh sediakan templat dan murid gunting
  • atau murid mengukur sendiri saiz kertas
  • guru boleh menerapkan cara pengukuran piawai (pembaris, pita pengukur) dan pengukuran tidak piawai (depa, jengkal, kaki)

Sekolah Rendah Tahap 2 & Sekolah Menengah


Bahan-bahan
1. Kertas warna (ukuran 20 cm X 5 cm ) dan (ukuran 29 cm X 4 cm) dan  kertas untuk batang paper glider
2. Pita Selofan

Cara-cara
  • murid mengukur, menggunting dan membina paper glider
  • murid menguji paper glider
  • murid mengukur jarak paper glider dari tempat balingan
  • murid memanipulasi saiz, bentuk paper glider untuk mendapat kan balingan yang lebih jauh

Video cara membuat paper glider


p.s : Saya akan bercuti pada hari kejadian. Good luck!

Tuesday, July 9, 2019

Tumbuhan - Prasekolah

Lepas haiwan, tema tumbuhan pula. Dia yang letak air kat biji benih,tiap-tiap hari dia buat pemerhatian kat tumbesaran pokok.

Lepas satu minggu kita beri dia pegang pula, geli la pulak. Tak pernah pegang kan.

Terima kasih Cikgu Saadah​, rakan pair teaching.



*Kita perlukan plastik, tisu dan kacang hijau


* Letakkan sedikit air untuk membasahkan tisu


*Tiap-tiap hari AA buat pemerhatian pertumbuhan pokok




9.7.2019 - Kak Najihah tolong labelkan



PANJANG PENDEK - PRASEKOLAH

Minggu lepas saya telah mendengar satu lagu yang sesuai untuk menerangkan konsep panjang, pendek, tinggi dan rendah kepada murid prasekolah.

Lagu Pom Pom, cerita tentang rombongan Didi dan rakan-rakan bersama Cikgu Mimi ke safari.


untuk latihan pengukuhan, saya sediakan lembaran kerja untuk murid-murid kesayangan.





Monday, July 8, 2019

Projek Litar Elektrik

Projek Litar Elektrik
Sains Tahun 5 / Sains Tahun 2 KSSR Semakan
Cikgu Ana minta mereka buat litar elektrik yang dapat hidupkan sekurang-kurangnya satu lampu pada rekaan rumah idaman mereka.
Kos
Copper Tape: RM4.28/ 20 meter (Shopee)
Led Light : RM4.33/ 100pcs (Shopee)
Coin Battery : RM2.12 / 5 pcs (Kedai RM2)





Hari Sihat Kelab Dr Muda 2019

Minggu Sihat Kelab Doktor Muda 2019 Sekolah Dalam Hospital PPUKM
- Minggu Sihat Kelab Doktor Muda disambut pada 1-7 Julai setiap tahun
- Tema sambutan Minggu Sihat KDM 2019 ialah, WALK - Let's Move!
-Aktiviti yang dijalankan di SDH PPUKM ialah
- Bacaan perutusan Menteri Kesihatan Malaysia
- Senamtari
- Demonstrasi Gosok Gigi
- Pertandingan Demonstrasi Gosok Gigi
Terima kasih kepada semua guru penasihat Kelab Doktor Muda SDH PPUKM, Ibubapa, murid dan Team Pendidikan Kesihatan Pejabat Kesihatan Daerah Cheras Promosi Kesihatan Cheras atas sokongan dan kerjasama yang diberikan.







Pecahan Tak Wajar dan Nombor Bercampur

Hari ini saya buat lembaran kerja Pecahan untuk Afif. Kita buat revision sedikit apa beza nombor bercampur, bombor bulat, pecahan wajar dan pecahan tidak wajar.




Cara menulis pecahan di Word boleh rujuk di video di bawah :



Cara merakam screen boleh rujuk di sini


Asas Operasi Tambah

 Mari kita buat latihan menggunakan Liveworksheet. Tambah Set 1 Tambah Set 2 Tambah Set 3 Tambah Set 4