Friday, March 15, 2019

Minggu Baik Hati Kebangsaan / National Kindness Week 2019 - Post 1

Sempena Minggu Baik Hati Kebangsaan yang akan berlangsung pada 2-6 April 2019, Sekolah Dalam Hospital PPUKM akan menjalankan Kempen Ucap Terima Kasih.

Tujuan kami memilih tema ini adalah bagi menerapkan nilai berterima kasih kepada semua insan yang berada di sekeliling kita, ibubapa, jururawat, doktor, guru, rakan dan orang lain di sekeliling kita.

Cikgu Ana sedang membimbing Megat HamiMuhammad Adam Haris Sitinoresah dan Muhd Fauzi untuk menyediakan booklet untuk aktiviti tersebut.

Setakat ini ada dua sekolah sudah mahu menggunakan konsep ini untuk kempen yang sama. Cikgu Ana sedang sediakan bahan untuk mereka. Satu set buku akan dilengkapkan dengan 200 stiker.

Maklumat tentang Minggu Baik Hati Kebangsaan boleh dirujuk di sini https://standtogether.my/

Ada yang nak sertai Kempen Ucap Terima Kasih kami?

TERIMA KASIH🥰

Luv,
Cikgu Ana





No comments:

Asas Operasi Tambah

 Mari kita buat latihan menggunakan Liveworksheet. Tambah Set 1 Tambah Set 2 Tambah Set 3 Tambah Set 4