Secara asasnya, berikut adalah rancangan pengajaran harian yang dicadangkan.
Tunjang : Awal Sains (SA 3.0 MENYIASAT ALAM HIDUPAN)
Std Kandungan : SA3.3 Membuat penerokaan ke atas haiwan
Std Pembelajaran : SA3.3.7 Memerhati dan menceritakan kitaran hidup haiwan
Tunjang yang disepadukan :
Tunjang Bahasa Melayu (BM3.1.4 Mengkoordinasikan pergerakan mata dengan tangan melalui lakaran bentuk, corak dan garisan secara bebas)
Tunjang Kreatif & Estetika (KE3.3.3 Membuat corak dan rekaan mengikut kreativiti sendiri)
Tunjang Awal Matematik (MA6.3.3 Membuat binaan menggunakan pelbagai bahan mengikut kreativiti dan menceritakannya)
Objektif:
Murid dapat menyatakan kitar hidup rama-rama
Kemahiran Berfikir Aras Tinggi : Menganalisa, menilai
Aktiviti:
1. Guru menayangkan lagu Rama-Rama sebagai set induksi.
2. Guru menguji pengetahuan sedia murid tentang kitar hidup rama-rama.
3. Guru menayangkan video kitar hidup rama-rama
4. Murid menyatakan semula kitar hidup rama-rama (secara lisan)
5. Guru memilih aktiviti yang sesuai dengan murid.
- Diorama kitar hidup rama-rama
- Symmetry Me!
- 3,2,1 Action
- Butterfly wheel
(Modul Pembelajaran Pembezaan/ Differentiated Learning Butterfly STEM Kit telah dikongsikan di 5th INTERNATIONAL POSTGRADUATE CONFERENCE ON SCIENCE AND MATHEMATICS (IPCSM) 2017)
6. Murid ditayangkan dengan lagu Kitar Hidup Rama-Rama. Lalala... kita nyanyi sama-sama
Cuba ya!
Luv,
Cikgu Ana
No comments:
Post a Comment