Sistem pernafasan adalah sistem biologi semua organisma yang membabitkan pertukaran gas. Malah tumbuhan juga mempunyai sistem pernafasan, mengambil gas karbon dioksida dan mengeluarkan oksigen ketika siang.
Sistem pernafasan manusia mengandungi :
- Saluran pernafasan (nasal passage), di mana udara dilembabkan dan tempat deria bau berfungsi.
- Farinks, kawasan umum di belakang mulut di mana udara, makanan dan air lalu
- Larinks, atau peti suara
- Trakea, saluran udara yang bersambung kepada bronchi
- Tiub bronkus, yang membawa udara dari dan kepada paru-paru
- Bronkiol, cabang bronkus yang menyebarkan udara ke alveoli
- Alveolus, kantung akhir di mana berlaku pertukaran gas.
maklumat dari sumber Wikipedia
Buat latihan formatif di sini http://gg.gg/SDHPPUKMalveolus
No comments:
Post a Comment