Thursday, November 26, 2020

Cara menghantar tugasan Liveworksheet

 Hye semua,

Saya kongsikan cara menghantar tugasan Liveworksheet.

1. Isi nama murid dan kelas. 

Mula menjawab soalan.


2. Selesai menjawab soalan, klik FINISH.


3. Klik "Email my answer to my teacher"


4. Isikan maklumat. 

Paling penting ruangan email guru di isi dengan betul. Untuk murid saya, email saya ialah 

                        nurfarhanaramli513@gmail.com

klik SEND



5. Murid boleh juga menyemak markah.


Selamat membuat latihan!!!

Tuesday, November 17, 2020

Bentuk

 Cuba perhatikan disekeliling objek di sekeliling kita. Apakah bentuknya?

Boleh kamu nyatakan nama-nama bentuk tersebut?

Ya, bentuk asas terdiri daripada kubus, kuboid, piramid, silinder, kon dan sfera.

Mari kita lihat perbezaan bentuk-bentuk asas tersebut.


Nota bentuk boleh dibaca di sini BUKU BENTUK

Templat bentuk-bentuk asas boleh diperoleh di TEMPLAT BENTUK

Kemudian uji kefahaman anda di sini 

Tahun 1

Tahun 2


Selamat menjawab!!!

Monday, November 16, 2020

Panjang

Masih ingat pelajaran tentang panjang semasa Tahun 1?
Boleh ulangkaji di sini (klik).

Tahukah kami kita boleh mengukur panjang menggunakan ukuran sentimeter dan meter?

Unit bagi sentimeter ialah cm, manakala meter ialah m

1 sentimeter = 1 cm
1 meter = 1m

Mana satu yang lebih panjang? 1cm atau 1m?

1m lebih panjang kerana 1m = 100cm

Jom tengok tiktok cikgu Panjang



Uji pengatahun anda tentang pengukuran panjang di KUIZ








Monday, October 26, 2020

Kenali Panjang Objek

 Kenali panjang


Jom tonton video di bawah



Sekarang sudah tahu beza panjang, pendek, tinggi dan rendah?

Mari kita buat latihan http://bit.ly/thn1_panjang


Monday, October 19, 2020

MASA DAN WAKTU (TAHUN 2)

Masih ingat lagi tentang masa dan waktu yang dipelajari pada tahun 1?

Jarum panjang? Jarum Pendek? apa kegunaanya di muka jam?

Mari kita ulangkaji nota Kenali Jam dan Masa (klik link)



Setiap jam mempunyai senggatannya. 1 senggat ialah 1 minit. 

Selain dari mengira satu-satu senggatan, minit juga boleh dikira dengan gandaan lima pada setiap nombor yang terdapat di muka jam (lihat gambar).



Langkah pertama membaca muka jam ialah dengan melihat jarum jam. Jarum jam pada gambar di atas melepas nombor enam, maka ia adalah pukul enam.

Jarum panjang, iaitu jarum minit telah bergerak dari jam 12 ke jam 11 iaitu 55 minit.

Maka, jam menunjukkan puku enam lima puluh lima minit (6:55).


Bagi gambar rajah ini pula, jarum jam melepasi nombor tiga. Maka pada waktu itu ialah jam tiga.

Jarum minit telah bergerak dari nombor 12 ke nombor 2, iaitu 10 minit.

Maka, muka jam ini menunjukkan pukul tiga sepuluh (3:10).

Contoh lain boleh dilihat disini


dan 


Murid juga harus berupaya menukar waktu dalam perkataan kepada angka dan sebaliknya.

Contohnya


Pukul dua tiga puluh -------> 2:30

Pukul sebelas empat puluh lima --------> 11:45

Pukul satu lima minit ---------> 1:05

Pukul enam suku --------> 6:15

Pukul sepuluh --------> 10:00


Uji kefahaman kamu dalam topik ini di sini http://bit.ly/thn2_masa


Selamat mengulangkaji!


Asas Operasi Tambah

 Mari kita buat latihan menggunakan Liveworksheet. Tambah Set 1 Tambah Set 2 Tambah Set 3 Tambah Set 4