Monday, October 19, 2020

MASA DAN WAKTU (TAHUN 2)

Masih ingat lagi tentang masa dan waktu yang dipelajari pada tahun 1?

Jarum panjang? Jarum Pendek? apa kegunaanya di muka jam?

Mari kita ulangkaji nota Kenali Jam dan Masa (klik link)



Setiap jam mempunyai senggatannya. 1 senggat ialah 1 minit. 

Selain dari mengira satu-satu senggatan, minit juga boleh dikira dengan gandaan lima pada setiap nombor yang terdapat di muka jam (lihat gambar).



Langkah pertama membaca muka jam ialah dengan melihat jarum jam. Jarum jam pada gambar di atas melepas nombor enam, maka ia adalah pukul enam.

Jarum panjang, iaitu jarum minit telah bergerak dari jam 12 ke jam 11 iaitu 55 minit.

Maka, jam menunjukkan puku enam lima puluh lima minit (6:55).


Bagi gambar rajah ini pula, jarum jam melepasi nombor tiga. Maka pada waktu itu ialah jam tiga.

Jarum minit telah bergerak dari nombor 12 ke nombor 2, iaitu 10 minit.

Maka, muka jam ini menunjukkan pukul tiga sepuluh (3:10).

Contoh lain boleh dilihat disini


dan 


Murid juga harus berupaya menukar waktu dalam perkataan kepada angka dan sebaliknya.

Contohnya


Pukul dua tiga puluh -------> 2:30

Pukul sebelas empat puluh lima --------> 11:45

Pukul satu lima minit ---------> 1:05

Pukul enam suku --------> 6:15

Pukul sepuluh --------> 10:00


Uji kefahaman kamu dalam topik ini di sini http://bit.ly/thn2_masa


Selamat mengulangkaji!


No comments:

Asas Operasi Tambah

 Mari kita buat latihan menggunakan Liveworksheet. Tambah Set 1 Tambah Set 2 Tambah Set 3 Tambah Set 4