Hari ni saya kongsikan aktiviti STEM untuk tahap 1 dan juga prasekolah. Ia lebih berfokus kepada kemahiran saintifik. Kemahiran ini adalah
kemahiran yang penting bagi menghasilkan murid yang mempunyai literasi sains.
Bagi aktiviti ini, kemahiran saintifik utama yang digunakan ialah kemahiran
memerhati, menggunakan nombor dan mengawal pembolehubah. Murid akan memerhati
perubahan warna yang terlibat akibat daripada pencampuran warna. Murid juga perlu mengawal pembolehubah untuk mendapatkan warna dan patern hasil tiupan yang
dikehendaki.
Campur warna ... tiup.. tiup... tiup....
Selepas memehati proses penyejatan (warna kering), murid akan belajar
untuk membuat pengukuran bagi garisan tidak lurus. Walaupun jika mengikut silibus, murid akan berlajar pengukuran garisan tidak sekata ini pada tahun 4, saya rasa tak salah kalau kita beri pendedahan awal pada murid. Murid akan menggunakan tali
dan benang untuk mengukur panjang hasil tiupan.
TAJUK : My Frizzy Hair
OBJEKTIF :
-
Murid dapat membuat pemerhatian terhadap
perubahan warna
-
Murid dapat mengukur panjang garis tidak lurus
STEM TRANSDISIPLIN :
Sains Tahun 1 / 1.0 Kemahiran
Saintifik
Matematik Tahun 1 / 6.0 Ukuran
dan sukatan
Sains Tahun 4 / 6.0 Pengukuran
Pendidikan Kesenian Tahun 1 / 3.0 Modul Kreativiti Dan Inovasi
BAHAN YANG DIPERLUKAN :
- Warna asas (merah, kuning, biru)
- Pencungkil gigi
- Pipet
- Air
- Pallet warna
- Kertas lukisan
- Benang / Tali
- Pembaris
- Penyedut minuman
KAEDAH :
- Letak tiga warna asas dalam palet secara berpasangan. (merah-biru) (merah-kuning) (kuning-biru)
- Campurkan warna menggunakan pencungkil gigi. Murid memerhati perubahan warna.
- Murid meletakkan 2 titis air ke dalam campuran warna. Sebatikan warna dengan air.
- Titiskan warna ke atas template kepala. Tiup titis warna mengufuk dari bahagian kepala. Perhatikan patern yang terbentuk.
- Biarkan kering.
- Ukur garisan warna yang paling panjang. Bandingkan ukuran dengan rakan-rakan lain.
Selamat mencuba!
Luv,
Cikgu Ana
😍Terima kasih kepada Esya dan Irfan.. i luv you guys.
No comments:
Post a Comment