Friday, May 17, 2019

Projek Robot Angkasa STEM - Luas & Perimeter



STEM merupakan akronim bagi Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik. Pendidikan STEM adalah bertujuan bagi menghasilkan warga yang dapat menyelesaikan masalah dalam konteks kehidupan seharian, masyarakat dan alam sekitar menggunakan aplikasi terhadap pengetahuan, kemahiran dan nilai STEM.

Projek Robot Angkasa STEM merupakan satu aktiviti yang melibatkan disiplin sains, matematik, rekabentuk dan teknologi. Aktiviti ini boleh dijalankan sebagai aktiviti pengukuhan murid dalam tajuk pengukuran, pengisian pasca peperiksaan, aktiviti kelab STEM dan karnival STEM.

Murid digalakkan menjalankan aktiviti secara berkumpulan bagi mendapatkan hasil yang lebih baik, bak kata pepatah Malawi
“one finger cannot lift a pebble”

Diharap perkongsian ini dapat membantu guru khususnya dalam memupuk minat murid terhadap STEM.



Bagaimana menjalankan aktiviti ini?

Berikut adalah cadangan bagi menjalankan aktiviti ini.

1.    Engagement – Murid ditunjukkan dengan video tentang robot. Guru bertanyakan fungsi robot, bentuk, keperluannya. Guru juga boleh menilai pengetahuan sedia ada murid tentang robot
2.   Exploration – Murid diberi kad tugasan Projek Robot Angkasa STEM dan diminta menyelesaikannya dalam kumpulan.
3.    Explanation – Murid diminta membuat penerangan tentang hasil tugasan. Boleh dibuat dalam konsep ‘gallery walk’.
4.   Elaboration – Murid menjawab soalan berkaitan tajuk luas.
5.    Evaluation – Murid akan dinilai melalui projek yang yang dberikan.

*Soalan boleh diubahsuai mengikut aras murid

Bahan Aktiviti
1.    8 jenis kad tugasan Projek Robot Angkasa STEM (klik untuk muat turun kad tugasan)

     Contoh Kad Tugasan



3.    Gunting
4.   Gam
5.    Pensel warna




 Ini contoh aktiviti yang telah dilakukan oleh murid saya, Laxana dan Ainul.



Mungkin kerana selalu ada skema, bila saya cakap jawapan kamu bebas, cuma perlu ada alasan, mereka seperti tak percaya.

Betul ke cikgu, apa-apa saja?

Maka, bermulalah penerangan Ainul tentang robotnya yang bertugas untuk membetulkan kerosakan kapal angkasa.

Banyak lagi cikgu boleh cungkil melalui aktiviti ini, contohnya minta tambah lagi satu bahagian badan yang berfungsi, pasti lagi banyak idea!

Cuba ya!

Luv,

Cikgu Ana

p.s : Cuba teka siapa Miss XXX 😘





















Thursday, May 9, 2019

Butterfly Pop-Up Card - Aktiviti Rama-Rama - Prasekolah

Hari ini kita belajar tentang kitar hidup rama-rama dengan Rayqal. Seronok sangat ajar Rayqal ni sebab dia sangat teruja dengan aktiviti-aktiviti yang dijalankan.

RPH untuk Kitar Hidup Haiwan  (rama-rama) boleh rujuk di sini .

Kita pernah buat aktivit Symmetry Me juga.

Hari ni kita buat pop-up card.







Cuba ya!

Luv,

Cikgu Ana

Friday, April 26, 2019

Robot - Luas & Perimeter - Sains Tahun 4

Anda diminta untuk membina sebuah robot untuk bagi satu projek penerokaan angkasa lepas. Robot yang dibina mestilah berdasarkan kiraan tersebut 

Kepala = 4 cm X 4 cm
Tangan = 5 cm X 3 cm
Kaki = 6 cm X 2 cm
Badan = 9cm X 8 cm

Lukis dan tampal robot anda di atas kertas grid 1cm X 1 cm yang disediakan.













Soalan tambahan :
- Beri nama robot anda. Nyatakan keistimewaannya
- Apakah luas bagi tangan kanan robot anda
- Apakah luas bagi keseluruhan lukisan robot anda
- Apakar perimeter bagi lukisan ini?


Cuba ya!

Luv,
Cikgu Ana

*Nanti saya cuba bina beberapa kad soalan ukuran robot. Senang nak buat aktiviti nanti, cuma perlu keluarkan sahaja

**Saya ambil templat kertas grid di sini

Friday, April 19, 2019

Sifat Bahan - Sains Tahun 4

Hari ini kita buat projek STEM bagi tajuk menguji Sifat Bahan (Tahun 4). Mula-mula murid buat discovery learning dengan menguji bahan yang terapung dan tenggelam.



Selepas itu murid buat kesimpulan tentang sifat bahan yang boleh terapung dan tenggelam dengan cara meraka, ada buat lukisan, ada yang buat jadual, terpulang.

Kemudian, kita beri situasi kepada murid ni.


"Satu hari, di Kampung XYZ, hujan turun dengan lebat menyebabkan empat ekor haiwan terperangkap.

Sebagai seorang pecinta haiwan, bina satu binaan yang dapat membawa haiwan tersebut ke daratan dalam perjalanan yang mengambil masa 10 saat. Binaan tersebut juga perlu tahan kepada gelombang air."

Cikgu sediakan beberapa barang seperti lidi, straw, batang aiskrim, kotak. Murid pilih barang berdasarkan pengetahuan yang mereka dapat daripada eksperimen yang dijalankan tadi.




Maka terciptalah tiga binaan ini milik Yasmin, Hawa dan Alya. Masing-masing nak buat bot sendiri, kita layan je lah.











Friday, April 12, 2019

Me and Catapult

Hari ni kita buat projek Catapult dengan Najiha. Terang hati Najiha ni, sekali ajar terus tangkap. Minta di demo sikit.


Banyak aktiviti kita boleh buat dengan aktiviti catapult ini, manipulasi bahan, ukur balingan / lontaran dan lain-lain lagi.

Cuba ya!

Luv,

Cikgu Ana

Wednesday, April 10, 2019

Pengasingan sebatian - Sains Tingkatan 1

Hari ini saya cuba buat aktiviti pengasingan sebatian menggunakan kertas filter dan pencil warna magic.

Ini bahan-bahannya.



Letakkan air dalam bekas, dan biarkan seketikan untuk melihat proses pengasingan berlaku.














Wallah... kita jadikan rama-rama hehe..


Aktiviti ni juga boleh digunakan untuk murid sekolah rendah (kemahiran proses sains) dan haiwan untuk awal sains untuk prasekolah.


Ini video aktiviti yang sama semasa bengkel 10 minutes learning aids di RECSAM.


Cuba ya!

Luv,
Cikgu Ana

Sunday, April 7, 2019

Makmal sains anda - Sains Tingkatan 1

Posting Cikgu Ana kongsikan ini sangat membuka mata betapa perlunya kita mempunyai ilmu dalam menyelesaikan masalah harian.

Ianya berkisar tentang cara pengurusan jenazah seorang pesakit kanser yang sedang menjalani rawatan menggunakan bahan kimia yang mempunyai radioaktif. Salute pada Tuan Doktor yang bijak dalam menyelesaikan masalah... mula-mula saya baca, jammed juga memikirkan cara bagaimana nak uruskan sebab kesan radioaktif tu boleh merbahaya kepada ramai orang.

MAYAT RADIOAKTIF


HOW RADIATION EXPOSURE EFFECTS THE HUMAN BODY? --- boleh baca di sini
Alhamdulillah.. dengan ilmu, semua selesai.

Asas Operasi Tambah

 Mari kita buat latihan menggunakan Liveworksheet. Tambah Set 1 Tambah Set 2 Tambah Set 3 Tambah Set 4