Friday, April 19, 2019

Sifat Bahan - Sains Tahun 4

Hari ini kita buat projek STEM bagi tajuk menguji Sifat Bahan (Tahun 4). Mula-mula murid buat discovery learning dengan menguji bahan yang terapung dan tenggelam.



Selepas itu murid buat kesimpulan tentang sifat bahan yang boleh terapung dan tenggelam dengan cara meraka, ada buat lukisan, ada yang buat jadual, terpulang.

Kemudian, kita beri situasi kepada murid ni.


"Satu hari, di Kampung XYZ, hujan turun dengan lebat menyebabkan empat ekor haiwan terperangkap.

Sebagai seorang pecinta haiwan, bina satu binaan yang dapat membawa haiwan tersebut ke daratan dalam perjalanan yang mengambil masa 10 saat. Binaan tersebut juga perlu tahan kepada gelombang air."

Cikgu sediakan beberapa barang seperti lidi, straw, batang aiskrim, kotak. Murid pilih barang berdasarkan pengetahuan yang mereka dapat daripada eksperimen yang dijalankan tadi.




Maka terciptalah tiga binaan ini milik Yasmin, Hawa dan Alya. Masing-masing nak buat bot sendiri, kita layan je lah.











No comments:

Asas Operasi Tambah

 Mari kita buat latihan menggunakan Liveworksheet. Tambah Set 1 Tambah Set 2 Tambah Set 3 Tambah Set 4