Friday, May 17, 2019

Projek Robot Angkasa STEM - Luas & Perimeter



STEM merupakan akronim bagi Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik. Pendidikan STEM adalah bertujuan bagi menghasilkan warga yang dapat menyelesaikan masalah dalam konteks kehidupan seharian, masyarakat dan alam sekitar menggunakan aplikasi terhadap pengetahuan, kemahiran dan nilai STEM.

Projek Robot Angkasa STEM merupakan satu aktiviti yang melibatkan disiplin sains, matematik, rekabentuk dan teknologi. Aktiviti ini boleh dijalankan sebagai aktiviti pengukuhan murid dalam tajuk pengukuran, pengisian pasca peperiksaan, aktiviti kelab STEM dan karnival STEM.

Murid digalakkan menjalankan aktiviti secara berkumpulan bagi mendapatkan hasil yang lebih baik, bak kata pepatah Malawi
one finger cannot lift a pebble

Diharap perkongsian ini dapat membantu guru khususnya dalam memupuk minat murid terhadap STEM.



Bagaimana menjalankan aktiviti ini?

Berikut adalah cadangan bagi menjalankan aktiviti ini.

1.    Engagement Murid ditunjukkan dengan video tentang robot. Guru bertanyakan fungsi robot, bentuk, keperluannya. Guru juga boleh menilai pengetahuan sedia ada murid tentang robot
2.   Exploration Murid diberi kad tugasan Projek Robot Angkasa STEM dan diminta menyelesaikannya dalam kumpulan.
3.    Explanation Murid diminta membuat penerangan tentang hasil tugasan. Boleh dibuat dalam konsep ‘gallery walk’.
4.   Elaboration Murid menjawab soalan berkaitan tajuk luas.
5.    Evaluation Murid akan dinilai melalui projek yang yang dberikan.

*Soalan boleh diubahsuai mengikut aras murid

Bahan Aktiviti
1.    8 jenis kad tugasan Projek Robot Angkasa STEM (klik untuk muat turun kad tugasan)

     Contoh Kad Tugasan



3.    Gunting
4.   Gam
5.    Pensel warna




 Ini contoh aktiviti yang telah dilakukan oleh murid saya, Laxana dan Ainul.



Mungkin kerana selalu ada skema, bila saya cakap jawapan kamu bebas, cuma perlu ada alasan, mereka seperti tak percaya.

Betul ke cikgu, apa-apa saja?

Maka, bermulalah penerangan Ainul tentang robotnya yang bertugas untuk membetulkan kerosakan kapal angkasa.

Banyak lagi cikgu boleh cungkil melalui aktiviti ini, contohnya minta tambah lagi satu bahagian badan yang berfungsi, pasti lagi banyak idea!

Cuba ya!

Luv,

Cikgu Ana

p.s : Cuba teka siapa Miss XXX 😘





















No comments:

Asas Operasi Tambah

 Mari kita buat latihan menggunakan Liveworksheet. Tambah Set 1 Tambah Set 2 Tambah Set 3 Tambah Set 4