Saturday, April 17, 2010

Action Song SK Agama MIS Lawas 2010

Patutnye aku kluarkan crita nie bln 4 lg, tp disebabkan masalah teknikal dan masalah aku sendiri(ma**s) hu hu sekarang baru aku edit n post, supaya ni mjadi kenangan aku nnt.

Kalau ikutkan last yer punyer post, aku hntar budak bercerita, thn ni x disangke diberi mandat untuk jd guru skuad Action Song plak. kdg2 trase cm cikgu Linda Jasmine plak, mmg terjerit2 aku ngajor bdk2 nie.

Make up aku lebih dari budak2, alang2 tempah mak andam, aku suruh die touch up skali muke aku

ni bdk2 nie nyanyi action song medley 'Bingo, 4 little ducks, old mcdonald'



Congrats to Action Song Squad, Juara Peringkat Daerah Lawas, Ketiga Peringkat Bahagian Limbang.
Next yer kalau nk p jauh, usaha kene kuat lg, budget kene lebih he he.....

Saturday, February 27, 2010

SK Agama MIS Lawas - Juara!!!!

X sangke walaupun 1st year aku ikut berarak, sekolah ni dapat Johan kategori sekolah. Ok la tu, wpun budak pakai bj sekolah je, tp keseragaman tu penting. Bunge manggar penuh dari depan sampai belakang, mane x menang. Seronok la, wpun kaki ni cam sakit sikit.Tu la dh tahu nk 'berjalan batis' (jalan kaki) kene la pakai kasut proper skit. Budak2 la plg semangat, dari mula smpai ke masjid, x henti2 selawat.
Insya Allah, ikut lagi next yer :)

Saturday, October 24, 2009

Lawatan Sambil Belajar - Balai Bomba n Balai Polis Lawas

Pd 22 Oktober 2009, year 6 students buat lawatan ke Balai Polis Lawas dan Balai Bomba Lawas. Students 8 orang, chekgu 5 orang, kete 4 biji. Memang santai. Banyak info yg diperolehi, kt Balai Polis lebih kepada masalah remaja skarang, hukumannya. Pegi bahagian trafik, narkotik, lwt lock-up. Tp students ni malu2 la, teacher die plak yg bg soalan srh diorg tanye.

Bergambar kenangan bersama Ketua Balai Polis Lawas


Demonstrasi Memadam Kebakaran


Byk gmbr lagi kt Cikgu Wan, tunggu die balik dr Miri nnt ek!

Wednesday, October 21, 2009

Gotong Royong + Pesta Buah = Penat + Kenyang


Sempena Hari Sukan yang akan berlangsung 30 Oktober yg akan datang kitorang pn buat la Gotong Royong untuk menyiapkan padang and plus jamuan buah-buahan. Orang kampung and ibu bapa datang bawak mcm2 jns buah, yg plg aku suke of course durian. Teringat mase kt kampung di Muar, durian, langsat, rambutan, smua jns buah u name it (kecuali kembayau a.k.a. dabai) berlambak, aku pandang sbelah mata pn x. Jual mahal he....
Bapa2 yang sedang Gotong Royong membaiki grandstand kitorg kt tepi padang.
Baru aku perasan ada grandstand selama ni... he...



Pelajar tahap 1 mengumpul rumput kering
Semangat betul diorang tp cm banyak main dari kerja


Para Ibu prepare the foods!

Saturday, October 17, 2009

Kota Kinabalu - Day 4 - Final Day


Vivian, Jerrymia, Racha n Me

Kami dibawa melawat ke Universiti Malaysia Sabah pagi itu. Kebetulan ni musim konvo, dapatla budak2 ni tengok graduan berjubah mengambil gambar sini sana. Semoga ianya dapat menanam semangat para pelajar, berusaha lebih gigih untuk melanjutkan pelajaran di menara gading suatu hari nanti.

Di dalam UMS kami ke Muzium dan Akuarium Marine yang ada menempatkan spisies hidupan laut seperti coral, ikan2, penyu, gamat etc. Memang seronok dan takjub sebab jarang tengok hidupan tu secara live. Yang paling aku suke ikan nemo, comel!!


Selepas itu kami melawat Taman Tun Fuad. Ia merupakan taman rekreasi jadi dapatlah budak-budak ni berjalan, santai2 sambil makan aiskrim. After lunch kami pn bertolak pulang.

Bus 3 mempunyai dsetinasi tambahan di mana kami 'terpaksa' berhenti di Gerai Buah-Buahan di Jalan Lama Papar. Sambil menunggu kami x melepaskan peluang untuk menikmati buah-buahan yang ada. Of course kene beli!


Kami sampai Lawas lebih kurang 4.30ptg. Agak lewat berbanding Bus 1 & 2.

Balik basuh baju.....

Kota Kinabalu - Day 3

Cikgu Johan, Cikgu Amir, Cikgu Norisma, Cikgu Rahman n Me!
Brrrr!!!!!! Sejuk!

Selepas breakfast kami bertolak ke Kinabalu Park. Kinabalu Park merupakan starting point bagi mereka yang nak mendaki ke Puncak Gunung Kinabalu. Kat sini dapat rasakan 'mist' - percikan-percikan air. Ye la kita ni kan dalam awan!

Walaupun x dapat jumpe real Refflesia, gambar dengan replika pn jadila. We are unlucky coz ini bukan musimnya berkembang, lagipn bunga tu ada kat area Poring yang kita g semalam tu.
me with Vivian


Sebelum turun kami sempat shopping kat Pekan Nabalu. Kebetulan Cikgu John baru lepas bawak cikgu2 sek die ke sini, jd die tau tempat yang menwarkan harga berpatutan. Berlawan-lawan aku ngan Kak Ti membeli.Selepas itu kami melawat ke Pasaraya One Borneo. Pasaraya ini merupakan pasaraya terbesar di Kepulauan Borneo ni. Takjub la budak2, rase nk tertanggal kaki diorang kate. Di sini kami juga terserempak dengan Group Program Lawatan 1 Malaysia dari Kota Belud.
1 Malaysia ye!
Red Cap (Lawas) Yellow Cap (Kota Belud)


Ingatkat petang nak bawa budak swimming kt swimming pool, tp suprise! kami telah dibawa menonton wayang. Crita Korea bertajuk Tsunami at Haeundae. Crita ni paling sesuai sebab bukan setakat hiburan tapi penuh informasi trutama tentang Tsunami itu sendiri. Bagi aku sendiri, rasa insaf. Ape2 boleh berlaku, hu hu takut. Kene cpt2 ganti puasa.

hmm.....

Friday, October 16, 2009

Kota Kinabalu - Day 2

Kami memulakan trip pada hari kedua dengan melawat Bangunan Yayasan Sabah. Bangunan berbentuk silinder merupakan antara mercu tanda di Sabah. Juga dikenali sebagai Bangunan Tun Mustapha. Menjadi pusat pentadbiran dan juga salah satu tempat lawatan di Sabah. http://www.sabah.net.my/nurfirdaus/universiti/webpelancongan4311/warisanbangunan.htm


Selepas itu kamu memulakan perjalanan ke Zen Garden. Zen Garden yang terletak di Pekan Kundasang memang sejuk! . Dari Zen Garden kami boleh nampak Puncak Gunung Kinabalu. Only lucky person je nampak puncak gunung tu sebab most of the time puncak gunung tu dilitupi awan.

Petang kami ke Mata Air Panas Poring, Ranau. Budak-budak happy main dengan air. Aku ngan Kak Ti dah prepare baju x jadi mandi sebab takut kami over exited lebih dari budak2. Ada lagenda yg x berapa popular dimana sometimes ada orang nampak sekawan buaya tembaga dok rendam2 badan2 diorang kt kolam air panas tu. X sure hari tue ada ke tak, tapi buaya tembaga ni baik2 cube mintak duit, sure dieorg bagi punye.
Cikgu2 x melepaskan peluang berendam dalam air panas Poring

Kite rendam kaki jelah ye!

Asas Operasi Tambah

 Mari kita buat latihan menggunakan Liveworksheet. Tambah Set 1 Tambah Set 2 Tambah Set 3 Tambah Set 4