Sunday, December 29, 2019

Nota Pascasiswazah 001 : Topik proposal

Nota PhD

Soalan :

Saya pernah dipanggil interview. X dapat sebab penemuduga cakap topik proposal terlalu broad. Kena narrow down lagi.

Cikgu Fadzli, Johor

Jawapan:

Tujuan kita melanjutkan pelajaran adalah untuk mempelajari cara menjalankan kajian dengan betul. Menulis, menggunakan analisis yang tepat, menulis perbincangan keputusan adalah proses dalam membina kepakaran dalam bidang kita.

Topik kajian haruslah berfokus dan spesifik. Ia memudahkan pengkaji mencari literature yang sesuai dan juga dapat menyelesaikan kajian dalam masa yang ditetapkan. Tempoh untuk calon HLP adalah 2 tahun untuk master dan 3 tahun untuk PhD. Jika mereka berjaya menghabiskan dalam tempoh itu, mereka dikira sebagai Graduate On Time (GOT).

Cadangan saya untuk researcher baru cuba cari topik dengan merancang dengan asas berikut

- Topik yang anda faham
- Topik yang ada  literature untuk rujukan.
- Sampling frame jelas ( Nak kaji siapa?)
- Lokasi  (Nak kaji di mana?)
- Variable yang digunakan (Nak kaji apa?)
- Teori yang digunakan
- Instrument yang digunakan (adapt, adopt atau newly develop)

Contoh topik Phd saya, pendidikan STEM, saya kecilkan lagi scope kepada pembinaan instrument untuk mengukur kesediaan guru STEM yang kemudian saya terjemahkan ke dalam tajuk kajian :

Development and Validation of an Instrument to measure Malaysia Science Teachers' Instructional Preparedness in STEM Implementation

Development and Validation of an Instrument (Newly Develop Instrument) to measure Malaysia (Location) Science Teachers' (Sampling Frame) Instructional Preparedness (Variable) in STEM (Topic) Implementation.

Actually kawan-kawan boleh cari juga contoh tesis yang sudah dibuat oleh rakan terdahulu. Tengok tren kajian mereka. Biar ada tajuk spesifik yang dapat diselesaikan dalam masa yang ditetapkan dan paling penting, fokus juga kepada darjah kesukaran ( Kajian PhD biasanya untuk kajian kuantitatif melibatkan pembangunan modul/model/instrumen yang baru).


Saya simplify dalam video di bawah. Cuba kaji trend kajian dan cara mereka menetapkan topik kajian dan make sure topik yang kita plan nak buat tak da orang dah pernah buat.

Selamat mencuba!!!


Saturday, December 28, 2019

Siapa perlu kita follow?

Rentetan dari post tentang HLP semalam, banyak soalan yang ditanya dan saya sedang mengatur untuk menjawabnya seperti yang dijanjikan.

Untuk warm up, suka saya ingat pada rakan guru yang ingin melanjutkan pelajaran untuk mengetahui secara overall tentang apa yang mereka akan hadapi nanti.

Ibarat nak terjun dalam air, mestilah tahu berenang, tau dalam kolam, sebab takut-takut 'lemas'.

Ini adalah individu-individu yang wajib difollow untuk kita sentiasa update dalam dunia postgraduates (PG) ni.  Mereka inilah yang membantu perjalanan PhD saya untuk Graduate On Time ( Saya habis belajar ngam-ngam 3 tahun).

1. Guru saya, Dr Othman Talib.

Selain aktif di fb, kawan-kawan boleh melawat laman blognya juga. Walaupun tak berapa nak update, tapi isinya masih relevan.


Nanti saya tolong Dr update blog ya.

2. Dr Nurul Fadhly Habidin

Beliau banyak membantu saya dari penulisan dan penerbitan artikel. 

Untuk pelajar PhD di UPM, kami wajib untuk publish 2 artikel sebagai syarat bergraduate, maka dari awal memang saya dah plan nak hantar bila dan beliau akan bantu uruskan.

Beliau juga banyak membuat bengkel untuk membantu rakan PG. Refer to his FB. 

3. Dr Hayrol Azril

Beliau dikenali sebagai Pengawas Postgraduates. Mesti 'See First' dia punya post untuk kasi kita sentap selalu. Beliau guru metodologi saya. Untuk yang nak belajar tentang penulisan artikel Systematic Literature Review, follow rapat-rapat dia ya.

4. En Zaki

Beliau adalah penasihat bagi penulisan artikel dan tesis saya dari awal lagi. Post beliau berkenaan persediaan untuk bayaran proofreading membuatkan saya bersedia menyimpan duit sejak awal pengajian lagi. Beliau dan team Proofreader United memberikan perkhidmatan secara professional. 

5. Dr Nor Tutiain Ab Wahid.

Beliau mempunyai kepakaran dalam bidang pembangunan modul dan beliau baru buka untuk personal coaching untuk bantuan dalam research. 

Saya juga cadangkan rakan semua mengikut Festival Pascasiswazah Malaysia anjuran MPWS. Bootcamp 3 hari cukup untuk rakan semua tahu overview apa yang nak dihadap dalam meniti perjalanan PG ni. Last bootcamp ialah 21-23 Disember yang lalu. Tunggu ya next bootcamp.

Secara umum, cukup ini dahulu.

Post lagi advance, gurunya pun lagi advance😍


Hadiah Latihan Persekutuan 2020

Bahang keterujaan bakal-bakal pemohon Hadiah Latihan Persekutuan (HLP) sudah terasa sejak semalam. HLP merupakan hadiah dari kerajaan buat mereka yang bertuah untuk melanjutkan pelajaran dengan kemudahan yang ditawarkan.

Secara amnya, selain dari HLP, beberapa program penajaan yang lain yang ditawarkan ialah 

1. Cuti Belajar Bergaji Penuh Dengan Biasiswa (CBBP DB) dikenali juga dengan Hadiah Latihan Persekutuan
2. Hadiah Latihan Persekutuan Separuh Masa / Sambilan (HLPS)
3. Program Ijazah Sarjana Kaunseling (SPADA)
4. Hadiah Latihan Persekutuan bagi Program Khas yang menyokong Revolusi IR4.0

Permohonan secara online akan dibuka mulai 10 Januari 2020 - 31 Januari 2020. 



So, pada guru yang berminat, bersedia dari sekarang, dapatkan maklumat terkini di https://epenawaran.gov.my

Semoga berjaya!!!

Tuesday, August 27, 2019

Ular... oh Ular - Fine Motor Skill Activity

Kebelakangan ini terdapat gelombang perubahan di mana ramai murid prasekolah pula menjadi murid di Sekolah Dalam Hospital. Menjadi tanggunjawab cikgu nak beri pengalaman yang indah dalam dunia pendidikan. Biar dia sayang cikgu dan suka belajar.

Saya suka mulakan sesi dengan bercerita. Sejak saya kenal wordless picture book, I just fall in love with it. Salah satu buku yang saya sangat guna ialah Pak Sawa Mencari Kediaman Baharu. Selalu bangga dengan anak murid, penulis dan pelukis ni kawan cikgu tau! Cikgu Zulkiff.






Lepas tu saya rangka aktiviti yang untuk merangsang kemahiran motor halus dan penmanship. 

1. Guru meminta murid menyurih garisan yang guru sudah sediakan. Untuk aktiviti ini saya guna paper plate. Sayang saya ni baru umur baru 4 tahun, jadi memang cara pegang pen belum tepat lagi. 


2. Kita main lekat-lekat ya!. Lumba letak stiker dengan cikgu.



3. Cikgu tolong guntingkan ikut garisan. Boleh ubah untuk murid prasekolah yang sudah matang yang boleh menguruskan alatan tajam, mereka boleh gunting sendiri.


4. Kita hias paper plate yang sudah digunting dengan mata dan lidah. 

Jadilah ular yang COMEL!!!

              


Cuba ya!

Luv,
Cikgu Ana





Thursday, August 22, 2019

Future Ready Asean : Beginner Course Complete!

Digital Citizen

Boost your digital presence by learning how to engage in professional networks and to use web development tools.

1. Pergi ke https://futurereadyasean.org/

2. Log in

 3. Start learning








4. Take the test!. Jika lulus, akan dapat badge ni


Ada 12 badges semuanya, jom buat!  

Wednesday, August 21, 2019

Future Ready ASEAN

What is Future Ready ASEAN programme?

Future Ready ASEAN is an online platform developed in partnership between the ASEAN Foundation and Microsoft, as part of the ASEAN Digital Innovation program. Launched in March 2019, this program aims to train 520 teachers and 46,000 underserved youth aged 15 to 35 on digital skills, in particular, computer science education, to enable them to thrive in the fourth industrial revolution. The training will leverage the Future Ready ASEAN platform and be conducted by Empire Code as master trainer in seven ASEAN countries (Cambodia, Indonesia, Malaysia, Myanmar, the Philippines, Thailand and Viet Nam).
Future Ready ASEAN is structured along four learning tracks that lead to a total of 12 completion badges.
At the end of each level of each track, you can download a completion badge. You may then share the badge on your LinkedIn profile, by uploading it as "Media" in the Introduction section. The image of your badge will appear under your Summary.
Once the advanced level has been achieved for a given track, students are invited to pursue additional online courses leading to Microsoft's industry-recognised certifications.

Why Digital Skill?
From basic digital literacy to advanced computer science, digital skills are often out of reach for the young people who need them most. In a world being transformed by technology, all youth should have the opportunity to develop the creativity, critical thinking, and problem-solving skills gained by learning digital skills.

FACTS!
1. 65% of children in primary school today will end up working in a job which does not exist yet.
2. Computer science graduates can earn up to 40% more than the average college graduate.
3. Only 24% of computer science undergraduates in Asia are women.
4. 58% of all new jobs in STEM are in computing


19-20 Ogos 2019
UPM

more information at https://futurereadyasean.org/

Bengkel Training for Trainer ASIAN DIGITAL INNOVATION PROGRAMME

Tarikh : 19-20 Ogos 2019
Tempat : Fakulti Teknologi Maklumat, UPM


















Asas Operasi Tambah

 Mari kita buat latihan menggunakan Liveworksheet. Tambah Set 1 Tambah Set 2 Tambah Set 3 Tambah Set 4