Tuesday, August 27, 2019

Ular... oh Ular - Fine Motor Skill Activity

Kebelakangan ini terdapat gelombang perubahan di mana ramai murid prasekolah pula menjadi murid di Sekolah Dalam Hospital. Menjadi tanggunjawab cikgu nak beri pengalaman yang indah dalam dunia pendidikan. Biar dia sayang cikgu dan suka belajar.

Saya suka mulakan sesi dengan bercerita. Sejak saya kenal wordless picture book, I just fall in love with it. Salah satu buku yang saya sangat guna ialah Pak Sawa Mencari Kediaman Baharu. Selalu bangga dengan anak murid, penulis dan pelukis ni kawan cikgu tau! Cikgu Zulkiff.






Lepas tu saya rangka aktiviti yang untuk merangsang kemahiran motor halus dan penmanship. 

1. Guru meminta murid menyurih garisan yang guru sudah sediakan. Untuk aktiviti ini saya guna paper plate. Sayang saya ni baru umur baru 4 tahun, jadi memang cara pegang pen belum tepat lagi. 


2. Kita main lekat-lekat ya!. Lumba letak stiker dengan cikgu.



3. Cikgu tolong guntingkan ikut garisan. Boleh ubah untuk murid prasekolah yang sudah matang yang boleh menguruskan alatan tajam, mereka boleh gunting sendiri.


4. Kita hias paper plate yang sudah digunting dengan mata dan lidah. 

Jadilah ular yang COMEL!!!

              


Cuba ya!

Luv,
Cikgu Ana





No comments:

Asas Operasi Tambah

 Mari kita buat latihan menggunakan Liveworksheet. Tambah Set 1 Tambah Set 2 Tambah Set 3 Tambah Set 4