Saturday, December 28, 2019

Siapa perlu kita follow?

Rentetan dari post tentang HLP semalam, banyak soalan yang ditanya dan saya sedang mengatur untuk menjawabnya seperti yang dijanjikan.

Untuk warm up, suka saya ingat pada rakan guru yang ingin melanjutkan pelajaran untuk mengetahui secara overall tentang apa yang mereka akan hadapi nanti.

Ibarat nak terjun dalam air, mestilah tahu berenang, tau dalam kolam, sebab takut-takut 'lemas'.

Ini adalah individu-individu yang wajib difollow untuk kita sentiasa update dalam dunia postgraduates (PG) ni.  Mereka inilah yang membantu perjalanan PhD saya untuk Graduate On Time ( Saya habis belajar ngam-ngam 3 tahun).

1. Guru saya, Dr Othman Talib.

Selain aktif di fb, kawan-kawan boleh melawat laman blognya juga. Walaupun tak berapa nak update, tapi isinya masih relevan.


Nanti saya tolong Dr update blog ya.

2. Dr Nurul Fadhly Habidin

Beliau banyak membantu saya dari penulisan dan penerbitan artikel. 

Untuk pelajar PhD di UPM, kami wajib untuk publish 2 artikel sebagai syarat bergraduate, maka dari awal memang saya dah plan nak hantar bila dan beliau akan bantu uruskan.

Beliau juga banyak membuat bengkel untuk membantu rakan PG. Refer to his FB. 

3. Dr Hayrol Azril

Beliau dikenali sebagai Pengawas Postgraduates. Mesti 'See First' dia punya post untuk kasi kita sentap selalu. Beliau guru metodologi saya. Untuk yang nak belajar tentang penulisan artikel Systematic Literature Review, follow rapat-rapat dia ya.

4. En Zaki

Beliau adalah penasihat bagi penulisan artikel dan tesis saya dari awal lagi. Post beliau berkenaan persediaan untuk bayaran proofreading membuatkan saya bersedia menyimpan duit sejak awal pengajian lagi. Beliau dan team Proofreader United memberikan perkhidmatan secara professional. 

5. Dr Nor Tutiain Ab Wahid.

Beliau mempunyai kepakaran dalam bidang pembangunan modul dan beliau baru buka untuk personal coaching untuk bantuan dalam research. 

Saya juga cadangkan rakan semua mengikut Festival Pascasiswazah Malaysia anjuran MPWS. Bootcamp 3 hari cukup untuk rakan semua tahu overview apa yang nak dihadap dalam meniti perjalanan PG ni. Last bootcamp ialah 21-23 Disember yang lalu. Tunggu ya next bootcamp.

Secara umum, cukup ini dahulu.

Post lagi advance, gurunya pun lagi advance😍


No comments:

Asas Operasi Tambah

 Mari kita buat latihan menggunakan Liveworksheet. Tambah Set 1 Tambah Set 2 Tambah Set 3 Tambah Set 4