Tuesday, March 12, 2019

Kitar Hidup Rama-Rama - Prasekolah

Hari ni saya nak kongsi aktiviti Kitar Hidup Rama-Rama. Aktiviti ini saya kena sesuaikan untuk murid yang umur 4+, 5+ dan 6+.

Secara asasnya, berikut adalah rancangan pengajaran harian yang dicadangkan.

Tunjang : Awal Sains (SA 3.0  MENYIASAT ALAM HIDUPAN)
Std Kandungan : SA3.3 Membuat penerokaan ke atas haiwan
Std Pembelajaran : SA3.3.7 Memerhati dan menceritakan kitaran hidup haiwan
Tunjang yang disepadukan :
Tunjang Bahasa Melayu (BM3.1.4 Mengkoordinasikan pergerakan mata dengan tangan melalui lakaran bentuk, corak dan garisan secara bebas)

Tunjang Kreatif & Estetika (KE3.3.3 Membuat corak dan rekaan mengikut kreativiti sendiri)

Tunjang  Awal Matematik (MA6.3.3 Membuat binaan menggunakan pelbagai bahan mengikut kreativiti dan menceritakannya)

Objektif:
Murid dapat menyatakan kitar hidup rama-rama

Kemahiran Berfikir Aras Tinggi : Menganalisa, menilai

Aktiviti:
1. Guru menayangkan lagu Rama-Rama sebagai set induksi.



2. Guru menguji pengetahuan sedia murid tentang kitar hidup rama-rama.

3. Guru menayangkan video kitar hidup rama-rama



4. Murid menyatakan semula kitar hidup rama-rama (secara lisan)

5. Guru memilih aktiviti yang sesuai dengan murid.

- Diorama kitar hidup rama-rama
- Symmetry Me!
- 3,2,1 Action
- Butterfly wheel

(Modul Pembelajaran Pembezaan/ Differentiated Learning Butterfly STEM Kit telah dikongsikan di 5th INTERNATIONAL POSTGRADUATE CONFERENCE ON SCIENCE AND MATHEMATICS (IPCSM) 2017)

6. Murid ditayangkan dengan lagu Kitar Hidup Rama-Rama. Lalala... kita nyanyi sama-sama



Cuba ya!

Luv,
Cikgu Ana

Monday, March 11, 2019

Kromosom, Gen & DNA - Sains Tingkatan 4


Soalan formatif 

AUTODRAW - Cikgu Ana pandai lukis???

Perkongsian hari ini adalah tentang aplikasi Autodraw. Aplikasi ni adalah untuk orang yang tak begitu mahir melukis seperti saya.

1. Pergi laman web AutoDraw.

2. Ini adalah interface bagi AutoDraw. Pilih gambar pensel pertama (AutoDraw). Set kan warna yang kita suka.

3.Mula lah melakar. Saya nak lukis gambar rama-rama hari ini. Jadi saya lakar gambar rama-rama.



 Keluar cadangan gambar ini. (bahagian atas kertas akan keluar deretan pilihan).








Cubaan melakar pokok





Cubaan melakar kereta




4. Untuk save gambar, pilih tetapan di bahagian atas kiri interface (garis tiga melintang). Ada pilihan download dan lain-lain.


Selamat melukis, cuba ya!


Luv,
Cikgu Ana

Friday, March 8, 2019

Kesan Dadah Pada Otak - Sains Tingkatan 4




Untuk aktiviti pengukuhan kesan dadah terhadap koordinasi badan, saya telah minta murid untuk menjawab soalan formatif ini.

Pembelajaran kendiri... sesuai untuk murid sekolah menengah. 

Jawapan akan dicetak dan dibincangkan.

Cuba ya!

Luv,
Cikgu Ana


Poster Langkah Keselamatan Dalam Makmal Sains

Hari ini disebabkan SDH diserbu oleh Yasmin, Fauzi, Adam Haris secara tiba-tiba, maka saya memilih untuk membuat aktiviti membina poster langkah keselamatan dalam makmal sains. Saya pun ada seorang lagi pelajar Tingkatan 4 lain yang juga perlu diuruskan. Mujur hari ini kumpulan cilik di asingkan dari kumpulan murid remaja.

Tajuk keselamatan dalam bilik makmal itu adalah tajuk yang sesuai untuk dijalankan serentak bagi murid Tahun 6 dan juga Tingkatan 1.

Mula-mula saya minta mereka bertiga berbincang ciri-ciri poster yang baik. Maka timbullah idea dari mereka seperti jenis tulisan yang sesuai, penggunaan grafik dan kandungannya.

Saya minta mereka mencipta poster mereka di dalam template ini.

Disebabkan kekangan masa, mereka cari gambar yang bersesuaian dan tampal di atas poster mereka.

Terhasillah....



Saya suka idea poster ni kerana murid perlu cari maklumat sendiri dan komunikasikan dapatan mereka dalam bentuk yang interaktif dan menarik.

Cuba ya!

Luv,
Cikgu Ana

Thursday, March 7, 2019

DOMINO - matematik (tambah)

Hari ni saya buat aktiviti penambahan menggunakan blok Domino.

Mula-mula kita buat dulu mini book guna kertas A4, cara buat minibook boleh ikut link ini Buku Mini

Kemudian murid ambil blok Domino secara rawak, lukis dan tulis ayat matematik.

Salah satu kepuasan murid bila kita empower dia untuk buat keputusan. Walaupun memilih domino secara rawak tu nampak simple, tapi bila cikgu bagi peluang untuk memilih, mereka happy!  Itu yang saya belajar daripada pembacaan buku Teach Like Finland (Walker,2017).

So, bagi peluang pada mereka ya, bagi mereka 'POWER'






Cuba ya!

Luv,
Cikgu Ana

Monday, March 4, 2019

MY FRIZZY HAIR - Aktiviti STEM Tahap 1 / Prasekolah.



Hari ni saya kongsikan aktiviti STEM untuk tahap 1 dan juga prasekolah. Ia lebih berfokus kepada kemahiran saintifik. Kemahiran ini adalah kemahiran yang penting bagi menghasilkan murid yang mempunyai literasi sains. 

Bagi aktiviti ini, kemahiran saintifik utama yang digunakan ialah kemahiran memerhati, menggunakan nombor dan mengawal pembolehubah. Murid akan memerhati perubahan warna yang terlibat akibat daripada pencampuran warna. Murid juga perlu mengawal pembolehubah untuk mendapatkan warna dan patern hasil tiupan yang dikehendaki.

Campur warna ... tiup.. tiup... tiup....

Selepas memehati proses penyejatan (warna kering),   murid akan belajar untuk membuat pengukuran bagi garisan tidak lurus. Walaupun jika mengikut silibus, murid akan berlajar pengukuran garisan tidak sekata ini pada tahun 4, saya rasa tak salah kalau kita beri pendedahan awal pada murid.  Murid akan menggunakan tali dan benang untuk mengukur panjang hasil tiupan. 



TAJUK : My Frizzy Hair

OBJEKTIF :
-          Murid dapat membuat pemerhatian terhadap perubahan warna
-          Murid dapat mengukur panjang garis tidak lurus

STEM TRANSDISIPLIN :
Sains Tahun 1 / 1.0 Kemahiran Saintifik
Matematik Tahun 1 / 6.0 Ukuran dan sukatan
Sains Tahun 4  / 6.0 Pengukuran
Pendidikan Kesenian  Tahun 1 / 3.0 Modul Kreativiti Dan Inovasi

BAHAN YANG DIPERLUKAN :

  •  Warna asas (merah, kuning, biru)
  • Pencungkil gigi
  • Pipet
  •  Air
  • Pallet warna
  • Kertas lukisan
  • Benang / Tali
  • Pembaris
  • Penyedut minuman

KAEDAH :

  • Letak tiga warna asas dalam palet secara berpasangan. (merah-biru) (merah-kuning) (kuning-biru)
  • Campurkan warna menggunakan pencungkil gigi. Murid memerhati perubahan warna.
  • Murid meletakkan 2 titis air ke dalam campuran warna. Sebatikan warna dengan air.
  • Titiskan warna ke atas template kepala. Tiup titis warna mengufuk dari bahagian kepala. Perhatikan patern yang terbentuk.
  • Biarkan kering.
  • Ukur garisan warna yang paling panjang. Bandingkan ukuran dengan rakan-rakan lain.









Selamat mencuba!

Luv,
Cikgu Ana

😍Terima kasih kepada Esya dan Irfan.. i luv you guys.




Asas Operasi Tambah

 Mari kita buat latihan menggunakan Liveworksheet. Tambah Set 1 Tambah Set 2 Tambah Set 3 Tambah Set 4