Friday, January 18, 2019

CANVA

Canva adalah satu aplikasi yang memudahkan pengguna untuk menghasilkan rekaan untuk poster, social media, poster, presentation.

Saya gunakan Canva untuk bantu semua kerja-kerja design saya. Mari kita terokai sama-sama aplikasi ni.

1. Pergi ke laman web Canva. Sign in/ Sign Up. Ini interface Canva saya. Ada beberapa design yang saya pernah buat sebelum ni. Tekan 'CREATE DESIGN'




2. Pilih rekaan yang kita nak. Saya selalu ambil yang free sahaja. Boleh lihat harga rekaan pada bahagian bawah design. Untuk tutorial kali ini saya nak buat poster. 


3. Di poster, kita pilihan layout yang kita suka. Saya pilih Classroom Rules. Saya edit dan tambah nama sekolah, Sekolah Dalam Hospital PPUKM.




4. Jika kita nak tambah gambar, taipkan sahaja di bahagian search. Saya cari gambar 'Kids'. Kita boleh ubah juga bentuk text, layout, element, text, background dan uploads. Uploads tu jika kita ada gambar simpanan sendiri, boleh uploads juga dan masukkan dalam rekaan kita.



5. Saya masukkan gambar yang kita nak. 


6. Tada!!!


Ini beberapa design yang saya pernah buat sebelum ini. 











Thursday, January 17, 2019

TARSIA Haiwan

Post kali ini adalah tentang penggunaan Tarsia dalam subjek Sains pula. Ianya lebih kepada murid prasekolah dan murid tahap 1 yang baru berjinak-jinak untuk membaca. Cara muat turun software Tarsia ada dalam post TARSIA ini.

Aktiviti ini sangat bagus dijadikan kerja secara berkumpulan, kita tengok power of peer coaching.


Tarsia Jigsaw Haiwan

TarsiaJigsawHaiwan-Jawapan
TarsiaJigsawHaiwan-Puzzle

TarsiaJigsawHaiwanMismatch-Jawapan
TarsiaJigsawHaiwanMismatch-Puzzle


TarsiaJigsawHaiwanMissing-Jawapan
TarsiaJigsawHaiwanMissing-Puzzle

TemplatKosong

Tarsia Domino Haiwan

TarsiaDominoHaiwan-Jawapan
TarsiaDominoHaiwan-Puzzle

TarsiaDominoHaiwanMismatch-Jawapan
TarsiaDominoHaiwanMismatch-Puzzle

TarsiaDominoHaiwanMissing-Jawapan
TarsiaDominoHaiwanMissing-Puzzle

TemplatKosong





Selamat mencuba!

Luv,
Cikgu Ana

TARSIA - DOMINO

Seperti dalam post lepas, saya ada menyatakan terdapat tiga pilihan untuk Tarsia iaitu Jigsaw, Domino dan Card.

Untuk post kali ini kita cuba terokai cara nak buat Domino pula.

1. Buka aplikasi Tarsia. Jika belum muat turun, boleh refer pada post tutorial Tarsia sebelum ini.


2. Pilih Domino. saya pilih  templat 'A Domino Activity of 12 Dominoes'


3. Terdapat dua ruangan, boleh pilih untuk meletakkan mana-mana samaada untuk jawapan dan soalan.


 4. Selepas siap, boleh semak di bahagian table (pilih tetapan di bahagian bawah page).


 5. Ini untuk cetak domino yang disusun dalam keadaan rawak.


6. Ini pula jawapannya. Boleh lihat di bahagian solution.



Contoh Domino Matematik untuk Soalan Tambah 1-10 boleh rujuk di sini.

Selamat mencuba!

Luv,
Cikgu Ana

TARSIA DOMINO - MATEMATIK TAMBAH 1-10

Ok, ini perkongsian untuk Tarsia Domino pula. Seperti Jigsaw Antonim yang lepas, saya adaptasikan template domino kepada empat pilihan. Kepada yang ingin membuat domino sendiri, tapi tidak mahu memuat turun software Tarsia, saya sediakan templat kosong juga.

1. Tarsia Domino (Original)

TarsiaDomino-Jawapan
TarsiaDomino-Puzzle

2. Tarsia Domino Mismatch
- minta murid susun dahulu domino, kemudian kenal pasti mana jawapan yang salah.

3. Tarsia Domino Missing
- minta murid menyatakan jawapan yang 'hilang'



 4. Tarsia Domino

Templat kosong


Wednesday, January 16, 2019

TARSIA

Tarsia adalah satu software percuma bagi membuat permainan berbentuk jigsaw, domino atau card.

Saya sudah menggunakan Tarsia sejak beberapa tahun. Hari inisaya nak kongsi bagaimana cara untuk muat turun software Tarsia dan tips and trick menggunakannya.

1. Muat turun Software Tarsia

2. Ini interface yang akan terpapar


 3.Ada tiga jenis Tarsia yang kita boleh pilih, tapi untuk tutorial kali ni kita fokus pada Jigsaw. Dalam jigsaw, ada pilihan bentuk-bentuk dan juga kepingan puzzle yang berbeza. Pilihlah idaman hati. Saya pilih Standard Parquet Jigsaw Puzzle (12 Pieces).


4. Sekarang isikan soalan (bahagian atas) dan jawapan (bahagian bawah). Di bahagian paling kanan page adalah nombor soalan.

5. Dah siap semua, boleh semak di 'table' (pilihan di bahagian bawah page).

6. Untuk cetak puzzle, boleh print di bahagian 'output'. 


7. Untuk panduan jawapan, boleh semak di 'solution'.


Nota:
1. Biasanya style penulisan di set kepada Math. Jadi bila kita tulis lebih dari dua perkataan ianya akan merapat, contohnya 'FauziahHaron'. Untuk tukar, boleh ke bahagian style (pilihan di bahagian atas page, pilih text). Dia akan bertukar kepada 'Fauziah Haron'.

2. Cara sayaa simpan hasil kerja ini ialah dengan klik print, tukar kepada 'save to pdf'. Bila-bila kita nak print, senang.

3. Cara nak ubah Tarsia daripada jadi soalan straight forward (tapi nak susun susah gak 😅), saya  adaptasi Tarsia puzzle kepada puzzle yang lebih mencabar. Boleh tengok kat sini ANTONIM.

Luv,
Cikgu Ana

TARSIA JIGSAW- ANTONIM

Saya buat contoh Tarsia Puzzle untuk tajuk Antonim (Bahasa Melayu). Boleh jadi bahan bantu mengajar, boleh jadikan aktiviti masa senggang anak beranak ataupun letak sebagai aktiviti santai di sudut membaca atau di perpustakaan.

Saya selalunya cetak sahaja templat jawapan tu, potong, dan laminate sebab kita nak guna banyak kali kan. Kalau nak saiz jigsaw lebih besar, boleh print dan potong dari 'template puzzle'.

Berikut adalah beberapa cara menggunakan Jigsaw Tarsia yang saya dah adaptasikan dari Jigsaw normal.

1. Tarsia Jigsaw (normal)

Antonim1-Puzzle
Antonim1-Jawapan




 2. Tarsia Jigsaw - Missing words
- Cabaran untuk puzzle ini ialah cikgu kosongkan beberapa jawapan. Murid kena susun dahulu ke bentuk ini, kemudian beri cadangan bagi jawapan yang hilang

Mundur - Mara
Tua - Muda

Antonim1MissingWord-Puzzle
Antonim1MissingWord-Jawapan





 3.Tarsia Jigsaw - Mismatch - Ada satu pasangan salah antonimnya Mundur - Surut Maju. Mungkin lepas murid dah susun semua, minta mereka cari salah perkataan yang salah pasangan tu.

Antonim1Mismatch-Puzzle
Antonim1Mismatch-Jawapan





 4. Tarsia Jigsaw

 Blank Template


Selamat mencuba!

Luv,
Cikgu Ana

Tuesday, January 15, 2019

DIGI EMPOWER SOCIETIES AT SEKOLAH DALAM HOSPITAL

Terima kasih atas usaha Digi dalam memperkenalkan Sekolah Dalam Hospital kepada semua Malaysia.

Video rakaman 360 darjah membuatkan penonton dapat melihat keseluruhan sudut sekolah.

Terima kasih kepada anak murid yang telah bersetuju untuk bersama menjayakan projek ini. Dhia, Megat, Shahriz.

Buat arwah Haikal yang sentiasa dalam ingatan, Al Fatihah buatnya. Main-main dahulu di sana, kami pasti menyusul.




HANDWRITING PRACTICE - DOT-DOT GENERATOR

Untuk pelajar yang masih belum boleh membaca dan menulis., saya akan perkasakan kemahiran ini bersama-sama sesi subjek sains.

Salah satu cara ialah dengan melatih menulis huruf dan membaca suku kata. Sudah pasti dengan penggunaan video, sesi PdPc menjadi lebih seronok.

Sebab sains ada tema haiwan, saya guna lagu 'Saya Ada Kuda'. Lagu berkenaan kuda menggunakan suku kata mudah.



Untuk latihan menulis, saya ambil dalam handwriting practice dari Softschool.com. Cuma 'y' dia Cikgu Ana tak gemar sikit.

Siapa ada laman web handwriting generator yang awesome, do share in the comment ya!

Ini contoh lirik lagu ni...


Monday, January 14, 2019

LAWATAN MENTERI PENDIDIKAN KE SDH PPUKM


Lawatan Menteri Pendidikan Malaysia, Dr Maszlee Malik ke SDH PPUKM pada 15 November 2018.

Esya lukis pokok besar sebagai cenderahati, tak lupa juga Cikgu Ana titipkan buku Setitis Kebaikan, Secangkir Kebahagiaan.

#MalaysiaMembaca





LUKIS HAIWAN DENGAN TAPAK TANGAN


Sebenarnya sangat susah nak bina hubungan dengan murid prasekolah, terutamanya yang belum pernah ke sekolah sebelum ini.

Salah satu tips Cikgu Ana ialah dengan buat aktiviti melukis haiwan dengan tapak tangan. Selain dari kita melatih 'penmanship', aktiviti menggunakan bahagian tubuh badan mereka sendiri sangat mengujakan buat mereka.

Cikgu Ana adaptasi lesson ini dari pada perkongsian web Krokotak

Ini contoh hasil kerja anak murid kesayangan.




Monday, January 7, 2019

DOMINO

I like to use gamification approach in my lesson. What is GAMIFICATION?

Gamification is techniques are intended to leverage people's natural desires for socializing, learning, mastery, competition, achievement, status, self-expression, altruism, or closure, or simply their response to the framing of a situation as game or play (Source : Wikipedia)

 For this type of domino, I can use for

- counting dots
- big and small number
- colour
- matching colour and number
- arrange domino block to get domino effects
- arrange domino to become stable object




it is a very good ice breaking game, you should try it!!!



Asas Operasi Tambah

 Mari kita buat latihan menggunakan Liveworksheet. Tambah Set 1 Tambah Set 2 Tambah Set 3 Tambah Set 4