Blog perkongsian bahan bantu mengajar untuk aktiviti Sains, Matematik dan STEM. Semoga bermanafaat!
Sunday, May 26, 2019
Majlis Khatam Al-Quran 2019 SDH PPUKM
Majlis Khatam Al Quran merupakan aktiviti tahunan yang dijalankan oleh SDH PPUKM. Tahun ini bertambah meriah dengan penyertaan dari geng admin prediatrik, Puan Atikah dan rakan-rakan.
Saturday, May 25, 2019
Bead IQ Puzzle
Sebenarnya saya dapat permainan ini sewaktu cabutan bertuah semasa program bersama Petrosains. Lama dia ada di atas meja, hari ini saya terpanggil untuk membuka kotak tersebut.
Sekarang kita mulakan dengan Puzzle 1. Susun ikut panduan pada Question Book.
Wisdom Bead IQ Puzzle
Sekarang kita mulakan dengan Puzzle 1. Susun ikut panduan pada Question Book.
Ada dua kepingan yang tinggal. Jadi kena susun kepingan untuk melengkapkan segitiga itu.
Tada!!! pandai tak?
Sekarang kita buat Puzzle 7 pulak. Macam biasa, kita susun dahulu ikut panduan. Kemudian kita kena fikirkan susunan untuk melengkapkan segitiga tersebut.
Hehe.. rasa pandai pulak.
Keseluruhan ada 179 soalan puzzle π.
Saya survey kat Shoopee, permainan hebat ni cuma berharga RM5.00 +++ sahaja. Highly recommended!
Luv,
Cikgu Ana
Dyslexia Awareness: In partnership with Made By Dyslexia
Kelebihan sebagai menjadi seorang Microsoft Innovative Educator (MIE) ialah kita dapat banyak pilihan untuk mengikuti kursus online yang berkaitan dengan profession kita sebagai guru.
Kursus online pertama yang saya pilih adalah berkaitan dengan Diseleksia.
Untuk kursus ini perlu kita menonton video yang disediakan.
Ada bahagian kita boleh ambil ujian Diseleksia.
Keputusannya ialah...
YOU ARE PROBABLY DYSLEXICπ¨
Sebenarnya saya ada sedikit kegusaran tentang diri sementelah ada beberapa kesukaran dalam cara otak ini berfungsi.
Kiri dan kanan, harus berfikir sejenak, mana kiri mana kanan
Baca peta? memang kebanyakan masa gagal π
Kadangkala bila bercakap, susah benar perkataan tu nak keluar, hilang... πͺ
Tapi... tapi..
Disleksia bukanlah death sentences. Ianya cuma sedikit perbezaan cara otak orang yang memiliki keistimewaannya ini berfikir. Mereka suka berfikir luar kotak, cara penyelesaianya berbeza dengan orang lain.
Jadi sebagai pendidik, kita perlu bersedia dengan segala perbezaan murid ini. Kita perlu memahami dan berusaha agar semua murid ini dapat mencapai objektif pembelajaran.
Di akhir kursus, pelu ambil ujian, dan Alhamdulillah, lulus. Perlu daftar SPLKPM.
Dapat badge lagi.. suka.. suka.. suka!
Semangat nak ambil kursus lagi.. doakan saya rajin ya!
Luv,
Cikgu Ana
Certified Microsoft Innovative Educator
p.s : Pembacaan lanjut tentang Diseleksia boleh di baca di Portal MyHEALTH
Friday, May 24, 2019
Thursday, May 23, 2019
Benih perlu matahari untuk bercambah?
Selasa lalu Kak Fizah pm di group minta kepastian tentang keperluan matahari dalam percambahan bagi Sains Tahun 2.
(sumber buku teks)
Maka kami pun berdiskusilah tentang perkara ini. Ini maklumat yang saya dapat dari Mr. Google.
Kami mencari maklumat aktiviti yang bersesuaian yang boleh dilakukan bagi tajuk ini di Pinterest, banyak idea yang kami jumpa π²π. Saya mencadangkan Kak Fizah meminta murid menjalankan hands on eksperimen dan mencatatnya dalam Jurnal Sains.
* cadangan biji benih yang telah diletakkan dalam plastik tu diletakkan di dua tempat, dalam almari dan tepi tingkap. Pendapat saya, jangan sesakkan murid dengan terma pembolehubah, kecil lagi, biar mereka rasa seronok belajar dulu. Bantu murid untuk mengenalpasti perbezaan antara dua lokasi tersebut.
Templat Aktiviti Percambahan Pokok boleh di dapati di sini (klik untuk muat turun). Boleh juga request templat untuk cikgu ubahsuai π.
Jurnal Sains (ada juga artikel ilmiah menyebut sebagai Science Reflective Journal) memberi peluang kepada mereka untuk menulis pengetahuan sedia ada / prior knowledge dan membuat kesimpulan terhadap apa yang mereka alami dan perhatikan. Guru bertindak sebagai fasilitator.
Saya pasti, murid pasti seronok dengan aktiviti ini.
Cuba ya!
Luv,
Cik Ana
Projek Eksplorasi Hutan STEM - Mari buat graf!
Aktiviti STEM kali ini berkisar tentang eskplorasi hutan, saya namakan Projek Eksplorasi Hutan STEM. Objektif kali ini lebih kepada pengukuhan komunikasi dalam kemahiran proses sains. Murid akan ditugaskan membina jadual dan bar graf.
Aktiviti ini boleh dijalankan dikelas atau sebagai aktiviti kelab STEM, boleh diselaraskan mengikut tahap murid.
Modul Projek Eksplorasi Hutan STEM (klik untuk muat turun).
Ini adalah contoh hasil kerja Laxana, Danish, Syahir dan Syakir.
Cuba ya!
Luv,
Cikgu Ana
Cryptogram - Math Worksheet Generator
Kriptogram (Cryptogram) adalah teks yang ditulis dalam bentuk kod. Kita boleh jadikannya sebagai salah satu cara untuk buat aktiviti bersama murid.
Saya telah temui satu math worksheet generator yang sesuai dengan kehendak saya sebab sangat user friendly dan kita boleh laraskan mengikut tahap murid dan operasi yang kita mahu.
Laman web itu ialah https://www.beeline.org/math/math.cgi
Boleh terus print, right klik pada paparan web, pilih tetapan print!
Cuba ya!
Luv, Cikgu Ana
SEMOGA CEPAT SEMBUH
Subscribe to:
Posts (Atom)
Asas Operasi Tambah
Mari kita buat latihan menggunakan Liveworksheet. Tambah Set 1 Tambah Set 2 Tambah Set 3 Tambah Set 4
-
Mari kita belajar cara mengetahui waktu melalui bacaan pada muka jam. Ini adalah muka jam. Ada nombor 1 hingga 12. Jarum pendek ialah jarum...
-
Masih ingat lagi tentang masa dan waktu yang dipelajari pada tahun 1? Jarum panjang? Jarum Pendek? apa kegunaanya di muka jam? Mari kita ula...
-
Saya buat contoh Tarsia Puzzle untuk tajuk Antonim (Bahasa Melayu). Boleh jadi bahan bantu mengajar, boleh jadikan aktiviti masa senggang an...
















