Thursday, May 23, 2019

Benih perlu matahari untuk bercambah?

Selasa lalu Kak Fizah pm di group minta kepastian tentang keperluan matahari dalam percambahan bagi Sains Tahun 2.

(sumber buku teks)

Maka kami pun berdiskusilah tentang perkara ini. Ini maklumat yang saya dapat dari Mr. Google.


Kami mencari maklumat aktiviti yang bersesuaian yang boleh dilakukan bagi tajuk ini di Pinterest, banyak idea yang kami jumpa 😲😍. Saya mencadangkan Kak Fizah meminta murid menjalankan hands on eksperimen dan mencatatnya dalam Jurnal Sains.




* cadangan biji benih yang telah diletakkan dalam plastik tu diletakkan di dua tempat, dalam almari dan tepi tingkap. Pendapat saya, jangan sesakkan murid dengan terma pembolehubah, kecil lagi, biar mereka rasa seronok belajar dulu. Bantu murid untuk mengenalpasti perbezaan antara dua lokasi tersebut.


Templat Aktiviti Percambahan Pokok boleh di dapati di sini (klik untuk muat turun). Boleh juga request templat untuk cikgu ubahsuai 😃.

Jurnal Sains (ada juga artikel ilmiah menyebut sebagai Science Reflective Journal) memberi peluang kepada mereka untuk menulis pengetahuan sedia ada / prior knowledge dan membuat kesimpulan terhadap apa yang mereka alami dan perhatikan. Guru bertindak sebagai fasilitator. 

Saya pasti, murid pasti seronok dengan aktiviti ini.

Cuba ya!

Luv,
Cik Ana

No comments:

Asas Operasi Tambah

 Mari kita buat latihan menggunakan Liveworksheet. Tambah Set 1 Tambah Set 2 Tambah Set 3 Tambah Set 4