Wednesday, May 27, 2020

Sikap Saintifik dan Nilai Murni



Pengalaman pembelajaran sains boleh memupuk sikap dan nilai positif dalam diri murid. Sikap dan nilai positif yang dipupuk adalah seperti berikut:

• Minat dan bersifat ingin tahu tentang alam sekeliling;
• Bertanggungjawab ke atas keselamatan diri dan rakan; serta terhadap alam sekitar;
• Jujur dan tepat dalam merekod dan mengesahkan data;
• Rajin dan tabah;
• Berfikiran kritikal dan analitis;
• Luwes dan berfikiran terbuka;
• Baik hati dan penyayang;
• Bersifat objektif;
• Beretika dan bersistematik;
• Bekerjasama;
• Adil dan saksama;
• Berani mencuba;
• Berfikir secara rasional;
• Yakin dan berdikari;
• Pengurusan masa yang baik;
• Menghargai keseimbangan alam semula jadi;
• Berhemah tinggi dan hormat-menghormati;
• Menghargai sumbangan sains dan teknologi;
• Menyedari bahawa sains merupakan satu daripada cara untuk memahami alam;
• Menghargai dan mengamalkan kehidupan yang bersih dan sihat; dan
• Mensyukuri nikmat yang dikurniakan Tuhan.

Sumber : Dokumen Standard Kurikulum & Pentaksiran Sains Tahun 4 (2018)

No comments:

Asas Operasi Tambah

 Mari kita buat latihan menggunakan Liveworksheet. Tambah Set 1 Tambah Set 2 Tambah Set 3 Tambah Set 4