Friday, April 26, 2019

Robot - Luas & Perimeter - Sains Tahun 4

Anda diminta untuk membina sebuah robot untuk bagi satu projek penerokaan angkasa lepas. Robot yang dibina mestilah berdasarkan kiraan tersebut 

Kepala = 4 cm X 4 cm
Tangan = 5 cm X 3 cm
Kaki = 6 cm X 2 cm
Badan = 9cm X 8 cm

Lukis dan tampal robot anda di atas kertas grid 1cm X 1 cm yang disediakan.













Soalan tambahan :
- Beri nama robot anda. Nyatakan keistimewaannya
- Apakah luas bagi tangan kanan robot anda
- Apakah luas bagi keseluruhan lukisan robot anda
- Apakar perimeter bagi lukisan ini?


Cuba ya!

Luv,
Cikgu Ana

*Nanti saya cuba bina beberapa kad soalan ukuran robot. Senang nak buat aktiviti nanti, cuma perlu keluarkan sahaja

**Saya ambil templat kertas grid di sini

Friday, April 19, 2019

Sifat Bahan - Sains Tahun 4

Hari ini kita buat projek STEM bagi tajuk menguji Sifat Bahan (Tahun 4). Mula-mula murid buat discovery learning dengan menguji bahan yang terapung dan tenggelam.



Selepas itu murid buat kesimpulan tentang sifat bahan yang boleh terapung dan tenggelam dengan cara meraka, ada buat lukisan, ada yang buat jadual, terpulang.

Kemudian, kita beri situasi kepada murid ni.


"Satu hari, di Kampung XYZ, hujan turun dengan lebat menyebabkan empat ekor haiwan terperangkap.

Sebagai seorang pecinta haiwan, bina satu binaan yang dapat membawa haiwan tersebut ke daratan dalam perjalanan yang mengambil masa 10 saat. Binaan tersebut juga perlu tahan kepada gelombang air."

Cikgu sediakan beberapa barang seperti lidi, straw, batang aiskrim, kotak. Murid pilih barang berdasarkan pengetahuan yang mereka dapat daripada eksperimen yang dijalankan tadi.




Maka terciptalah tiga binaan ini milik Yasmin, Hawa dan Alya. Masing-masing nak buat bot sendiri, kita layan je lah.











Friday, April 12, 2019

Me and Catapult

Hari ni kita buat projek Catapult dengan Najiha. Terang hati Najiha ni, sekali ajar terus tangkap. Minta di demo sikit.


Banyak aktiviti kita boleh buat dengan aktiviti catapult ini, manipulasi bahan, ukur balingan / lontaran dan lain-lain lagi.

Cuba ya!

Luv,

Cikgu Ana

Wednesday, April 10, 2019

Pengasingan sebatian - Sains Tingkatan 1

Hari ini saya cuba buat aktiviti pengasingan sebatian menggunakan kertas filter dan pencil warna magic.

Ini bahan-bahannya.



Letakkan air dalam bekas, dan biarkan seketikan untuk melihat proses pengasingan berlaku.














Wallah... kita jadikan rama-rama hehe..


Aktiviti ni juga boleh digunakan untuk murid sekolah rendah (kemahiran proses sains) dan haiwan untuk awal sains untuk prasekolah.


Ini video aktiviti yang sama semasa bengkel 10 minutes learning aids di RECSAM.


Cuba ya!

Luv,
Cikgu Ana

Sunday, April 7, 2019

Makmal sains anda - Sains Tingkatan 1

Posting Cikgu Ana kongsikan ini sangat membuka mata betapa perlunya kita mempunyai ilmu dalam menyelesaikan masalah harian.

Ianya berkisar tentang cara pengurusan jenazah seorang pesakit kanser yang sedang menjalani rawatan menggunakan bahan kimia yang mempunyai radioaktif. Salute pada Tuan Doktor yang bijak dalam menyelesaikan masalah... mula-mula saya baca, jammed juga memikirkan cara bagaimana nak uruskan sebab kesan radioaktif tu boleh merbahaya kepada ramai orang.

MAYAT RADIOAKTIF


HOW RADIATION EXPOSURE EFFECTS THE HUMAN BODY? --- boleh baca di sini
Alhamdulillah.. dengan ilmu, semua selesai.

Friday, April 5, 2019

Mari buat Catapult!

Petang-petang Jumaat, jom kita segar-segarkan minda dengan buat Projek STEM!.

Hari ini Cikgu Ana nak buat Catapult.














Cara buat catapult boleh rujuk pada video di bawah



Thursday, April 4, 2019

Kurang atau lebih? - Prasekolah

Mari kita tonton video kurang dan lebih untuk murid prasekolah.


atau kawan-kawan ada cadangan video lebih baik? Suggest ya kat ruangan komen.

Ini aktiviti yang Cikgu Ana buat dengan kesayangan cikgu, Indah.





Luv,
Cikgu Ana

Benda Hidup dan Bukan Hidup - Sains Tahun 1

Kita belajar benda hidup dan benda bukan hidup dengan meminta murid menyatakan benda hidup ke benda bukan hidup secara lisan atau lukisan.





Kemudian minta mereka tulis atau lukis kesimpulan mereka dalam lembaran kerja di bawah.



Templat benda hidup dan bukan hidup boleh diperolehi di sini.

Wednesday, April 3, 2019

Isi nombor 1-100 - Matematik Tahun 1

Matematik nombor 1-100

Nombor Cikgu Ana dilindungi oleh haiwan-haiwan yang comel-comel. Bantu Cikgu Ana namakan nombor tersebut.





Monday, April 1, 2019

Sel - Sains Tingkatan 1




Sel adalah satu unit asas bagi benda hidup?

Apa akan terjadi jika sel rosak dan tua?

Apa akan terjadi jika sel membahagi secara tidak normal?

Baca nota Sel Sebagai Unit Asas 

kemudian jawab formatif di http://gg.gg/SDHPPUKMsel

Fotosintesis - Sains Tahun 4


Apa itu fotosintesis?

Apa bahan yang diperlukan untuk proses fotosintesis?

Mari tonton video di bawah.



Mari uji pengetahuan anda tentang Fotosintesis 

What is Leukemia?

We watch about the function of red blood cells and white blood cells

















So.. what is Leukemia?








What is the treatment for Leukemia?

Lets think about it...

Asas Operasi Tambah

 Mari kita buat latihan menggunakan Liveworksheet. Tambah Set 1 Tambah Set 2 Tambah Set 3 Tambah Set 4