Monday, October 19, 2020

KENALI JAM DAN MASA (Tahun 1)

 Mari kita belajar cara mengetahui waktu melalui bacaan pada muka jam.


Ini adalah muka jam. Ada nombor 1 hingga 12.

Jarum pendek ialah jarum jam.

Jarum panjang ialah jarum minit.

Jarum pendek berada pada nombor tujuh dan jarum panjang berada pada nombor 12. 

Jam ini menunjukkan pukul tujuh.

Lihat contoh di sini http://bit.ly/tiktokmasa1





Jarum panjang sudah melepasi nombor sembilan.

Jarum minit telah bergerak satu perempat muka jam. Ia bersamaan suku jam.

Jam ini menunjukkan pukul sembilan suku.

Lihat contoh di sini  http://bit.ly/tiktokmasa2





Jarum panjang sudah melepasi nombor dua belas.

Jarum minit telah bergerak setengah muka jam. Ia bersamaan setengah jam.

Jam ini menunjukkan pukul dua belas setengah.

Lihat contoh di sini http://bit.ly/tiktokmasa3


Uji kefahaman kamu dengan latihan ini http://bit.ly/thn1_masa

Friday, October 16, 2020

Tugasan Kenali Bulan - Matematik Tahun 1

 Tonton video di bawah



Bina Kalendar Anda!


1. Bina kalendar anda dengan melukis / menulis 12 bulan dalam setahun.

2. Catatkan hari penting dalam kalendar anda

Contohnya hari lahir keluarga, hari perayaan, cuti sekolah

Buat ikut kreativiti masing-masing

Contoh Kalendar Cikgu Farhana seperti di bawah




Selamat mengulangkaji!

Kenali Hari. Matematik Tahun 1

 Sila tonton video ini

http://bit.ly/tiktokhari1
http://bit.ly/tiktokhari2
http://bit.ly/tiktokhari3
http://bit.ly/tiktokhari4

Sila isikan jawapan dengan betul. Ibubapa boleh membantu murid untuk membacakan soalan.

Buat latihan di pautan ini http://bit.ly/thn1_hari

Latihan ini boleh dibuat bila-bila masa. Tidak perlu menghantar bukti kerana penhantaran disimpan automatik di akaun guru.

Sijil elektronik bagi penghargaan pencapaian murid akan diberikan kepada murid yang mendapat markah 80% ke atas daripada saya. Sijil ini untuk simpanan peribadi sahaja.

Jika murid atau ibubapa tiada email, sila isikan email ini nurfarhanaramli513@gmail.com (sila maklumkan saya untuk saya hantarkan sijil pada tuan/puan)

Nur Farhana Ramli
Guru Matematik
SK Pengkalan Tentera Darat, Cheras, Kuala Lumpur
www.wassap.my/60192659668/SKPTDThn1 (wassap)



Monday, June 8, 2020

Assemblr Certified Educator

Proud to be one of 18 Assemblr Certified Educator in the world.

Interested to join Assemblr Certified Educator? Get started today

https://edu.assemblrworld.com/assemblr-certified-educator

Thursday, June 4, 2020

Digital Storytelling using Bitmoji

Hari ni berkesempatan untuk mengikuti bengkel Digital Storytelling menggunakan Bitmoji anjuran Cikgu Get Certified. Terima kasih Cikgu Goh yang menjadi fasilitator hari ni.

Pautan lesson boleh dilihat di sini


Dan ini adalah hasilnya...



Yeah!.. Nanti Cikgu Ana buat banyak lagi story telling ya!

Friday, May 29, 2020

Assemblr Edu ---- Fitur baru Assemblr

Semalam saya telah membuat penerokaan terhadap fitur baru Assemblr, sebuah aplikasi Augmented Reality. Assemblr Edu dibina khusus untuk pendidikan, terutama dalam keadaan dunia menghadapi masalah wabak pendemik covid-19, di mana hampir mustahil untuk kita meneroka alam sekeliling secara realiti.

Maka penerokaan secara maya adalah jawapannya.

Saya sangat berpuas hati apabila salah satu topiknya ialah haiwan vertebrata dan invertebrata untuk sains Tahun 4. Sangat sesuai sebagai bahan bantu mengajar.

Saya kongsikan cara penggunaanya dalam video youtube saya


Selamat mencuba!

Cikgu Ana
Assemblr Certified Educator

Model Pembelajran 5E

Model Pembelajaran 5E Model Pembelajaran 5E merupakan model yang sering digunakan dalam melaksanakan Inkuiri. Model ini merupakan adaptasi model Biological Sciences Curricullum Study (BSCS) 5E Instructional Model [New Designs for Elementary School Science and Health (BSCS,1989)]. 5E merujuk kepada lima fasa pembelajaran iaitu Pelibatan (Engagement), Penerokaan (Exploration), Penerangan (Explanation), Pengembangan (Elaboration) dan Penilaian (Evaluation).


Model Pembelajaran 5E mengandungi aktiviti-aktiviti berfokuskan murid. Murid akan melibatkan diri, meneroka, menerang, mengembangkan dan membuat penilaian seperti yang diterangkan dalam Jadual 1.

Rujukan :

Curriculum Development Division. (2016). Panduan pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran berasaskan inkuiri. Ministry of Education.


Asas Operasi Tambah

 Mari kita buat latihan menggunakan Liveworksheet. Tambah Set 1 Tambah Set 2 Tambah Set 3 Tambah Set 4