Blog perkongsian bahan bantu mengajar untuk aktiviti Sains, Matematik dan STEM. Semoga bermanafaat!
Saturday, February 28, 2009
Sepetang di Sipitang
Demi nak meraikan genap seminggu menyewa kereta and dah nak pulang balik kereta kepada tuannya, Cikgu Siang2 (kak na,kak nor & kak tie) ajak jalan2 ke Sepitang, demi satu misi 'SATAY'. Kitorg tiba kol 2 lebih, blum byk choice lagi. Cikgu wan kata kat Jinoh best, mmg ye la, kitorg tapau bwk balik lg. Kebetulan Kak Sal mengidam, aku beli byk gk la.
Perjalanan ambil masa 1 jam, ok la tue, dpt g Sabah he he
Karnival Bahasa Daerah Lawas
First time SK Kg Lintang hantar penyertaan untuk Karnival Bahasa nie, alhamdulillah, dapat juga buah hasilnya. Saingannya sengit, tapi kita akan berusaha lagi next2 yer. Dengar2 nak hantar action song plak next yer, boleh ke cikgu farhana tu mngajar menari, he he x da bodily kinesthetic intelligent langsong, tarian robot boleh la
Tuesday, February 24, 2009
Kejohanan Olahraga MSSR Lawas
Wednesday, February 4, 2009
Sungai Gelapas naik air
Hari nie aku cm gembira ngk air tinggi, tak yah kitorang lalu simen yang tidak pernah kering tue. FYI kalau air surut, bot kene paking jauh skit dari jeti which is kene lalu tebing lumpur kalau kering ok, kalau x.... . Rupenye satu lagi pengalaman baru menanti, kereta x leh lepas dari Jambatan Sg Gelapas, terpaksa kitorg sume naik Hilux GB.
Lucky kak dila ni adventures punye org, yes aje bile aku ckp die kene naik belakang Hilux, sampai sekolah kol 9pagi, balik sekolah kol12 coz tak nak tempuh air pasang lagi tinggi. Bahaya nanti kalau kereta plak x lepas.
Bak kate cikgu wan, time hujan2 nie line Digi sangat ok, mane x nye, hujan rintik2 pun kak dila dah keluar kan raincoat yellow die, sebijik cm org Digi yg comel tue
Bbrp hari lepas tue lawas plak yang banjir, cerita lain plak
Thursday, January 29, 2009
Sekolah Ku.... SK Kampung Lintang, Lawas
Sekolah aku kategori luar bandar, aku stay di Pekan Lawas berulang setiap hari. Menumpang kete Cikgu Wan, same2 Cikgu Man, Kak Sal n Kak Dila. Naik kete dalam 30mnt, naik bot 5mnt. Hmpir 2 minggu disini, mcm2 keadaan air dah aku alami. Sekarang ni kasut Princess aku letak kt bwh meja kt sek je, g sek pn pakai bagpack je. Aku cikgu plg muda tapi paling besar kt sekolah tue, dtg2 jdk Cikgu English, ajar darjah 6 plak tue, cam ne la aku nak ngajor, aku pn sdr pn lintang pukang. Orang di sini dari suku Lun Bawang. Malu rasenye sebagai warga Malaysia, hidup 24thn, first time aku dengar Lawas, suku Lun Bawang semua. Nampk sgt aku x kenal lagi negara aku ni.Warga SK Kg Lintang semua baik2 and helpful, bak kate guru besar aku, Cikgu Tanil kitorg yang baru nie mesti make us at home, fell like at home.... . So far begitu la rasenye
Perjalanan ku...
Akhirnye dpt gk update blog nie sejak berada di bumi kenyalang nie. Aku antara cikgu plg lmbat fly, 8 hb Januari, antara paling banyak tiket rasenye, semua jns kenderaan aku naik untuk melapor diri nie.
Aku keluar rumah kol 5am, sesat2 gak coz dh lame x g klia. kalau x dulu klia cm 2nd house, pegi 2-3 kali seminggu, amik hntar ayah. kali ni ayah plak hntar aku.
Flight kl-miri sampai kol 10.30am. Nak menunggu miri-limbang kol 4lebeh, kami dibawa berjalan2 mengenali bandar miri oleh pak cik dayah. Kitorg mkn nasi lalapan, sedap sangat!!!. Pastu kitorg dibawa ke ke Grand Old Lady-muzium petronas. Tu la tmpt pertama jumpe petroleum, sumber kekayaan Malaysia.
Miri-limbang kitorg naik Fokker, kapal terbang kecik. Pastu stay kt limbang untuk taklimat 2malam sebelum bertolak ke Lawas. Aku rase inilah kali terakhir aku naik feri ekspress, perjalanan 3jam, laut bergelora. Aku rase Dayah bagi aku ubat tidur (bukan ubat tahan mabuk cm die kate) sbb aku tido spjg perjalanan. Kalau ikut jalan darat cume 1jam tp kene lalu ikut Brunei, kene gune pasport antarabangsa.
Sampai kat Lawas, kerani SK Lintang, Kak Litad dah menunggu, bermulalah hidup aku di Lawas
Subscribe to:
Posts (Atom)
Asas Operasi Tambah
Mari kita buat latihan menggunakan Liveworksheet. Tambah Set 1 Tambah Set 2 Tambah Set 3 Tambah Set 4
-
Mari kita belajar cara mengetahui waktu melalui bacaan pada muka jam. Ini adalah muka jam. Ada nombor 1 hingga 12. Jarum pendek ialah jarum...
-
Masih ingat lagi tentang masa dan waktu yang dipelajari pada tahun 1? Jarum panjang? Jarum Pendek? apa kegunaanya di muka jam? Mari kita ula...
-
Model Pembelajaran 5E Model Pembelajaran 5E merupakan model yang sering digunakan dalam melaksanakan Inkuiri. Model ini merupakan adaptasi m...