Monday, February 3, 2020

Gamifikasi Dadu - Pendekatan didik hibur untuk matematik

Untuk sesi PdPc hari ni saya masukkan elemen gamification + empower.

Saya pernah terbaca dalam artikel bila kita empower murid, self esteem mereka meningkat, sebab keputusan mereka sendiri yang buat. Pendapat ni disokong oleh penulis buku Teach Like Finland, Timothy D. Walker. 

Gamification tak dinafikan salah satu pendekatan berkesan kepada murid, main + belajar. 

Dengan gunakan dadu 10 muka, murid akan tentukan sendiri soalan latihan mereka.

Baling, susun nombor, buat operasi. 

Sangat fleksible, boleh guna dari prasekolah (kenal nombor) hingga tahun 6 (tambah, tolak, bahagi, darab).

Ibubapa pun boleh guna dadu ni, tak payah nak rancang lembaran kerja bagai, spontan sahaja🤩. 

Saya beli dadu dari Sifu Math Muhammad Rauf Fathi

Kalau tiada dadu, boleh juga lontar dadu online di https://www.google.com/search?q=dice+roller

#sekolahdalamhospital
#SDHPPUKM




Monday, January 27, 2020

ADA APA DENGAN TAJUK?


Dua tiga hari ni banyak di wall medsos rakan pascasiswazah bertanyakan tentang kesesuaian tajuk kajian.

Sebenarnya tajuk kajian yang pening-pening kita fikir tu cumalah 'working title'.

Ianya disemak dari sejak awal mendaftar, meeting fakulti, meeting comitee setiap semester, masa proposal defense, viva, last sekali mesyuarat senat.

Jadi disebabkan penerimaan tajuk ni sangat subjektif, bincang sahaja dengan comitee.

Yang penting content kajian.

Nak buat apa?
Apa isunya?
Permasalah kajian?
Method kajian etc

Cuba isi Research Operational Template dulu
https://www.dropbox.com/s/lgvmkxe71ee4325/5_6080170491237105870.docx?dl=0

Itu lebih penting dari pening-pening dengan tajuk kajian. 


Friday, January 24, 2020

Link carian tesis online

Bagaimana nak cari tesis online?

Tesis Malaysia boleh cari di

MALAYSIAN THESIS ONLINE
http://myto.upm.edu.my/find/
-ada tesis dari 23 buah institusi pendidikan di Malaysia. 
-maklumat asas sahaja, nak dapatkan tesis penuh kena berhubung dengan pihak universiti atau penulis tu sendiri. 

Tesis Luar Negara

(Top 3 Free List)

OPEN ACCESS THESES AND DISERTATIONS 
https://oatd.org/

PQDT OPEN
https://pqdtopen.proquest.com/search.html

OPEN THESIS
http://www.openthesis.org/

Selamat Mencuba!

Tuesday, December 31, 2019

Nota Pascasiswazah 005 : Cara nak buat Porposal

#NotaPhD

Soalan :

Ciri2 proposal yg baik...???

Cikgu Liesha, Kuala Lumpur

Jawapan :

Proposal yang baik ialah proposal yang difahami oleh penulisnya. Jelas dari A to Z tentang kajian yang ingin dilakukan.

Secara amnya, dalam proposal perlu ada perlu mempunyai

- Pengenalan
- Penyataan masalah
- Latar belakang / sorotan literatur
- Objektif
- Kepentingan Kajian
- Persoalan Kajian
- Metodologi
- Bibiliografi

Boleh rujuk keperluan proposal berdasarkan HLP 2019 di link ini
https://www.dropbox.com/s/1elwy1dgbn1jb7w/Panduan_Kertas_Kerja.pdf?dl=0 (TQ Cikgu Faisal).

Saya tunjukkan Table of Content Proposal saya, tapi saya buat proposal tu selama 2 semester, selepas menghadiri banyak bengkel. Maka, korang jangan takut, insya Allah lepas belajar, semua boleh buat.

Tapi..tapi...sebelum kita pergi lebih jauh, molek kiranya kita fahamkan kajian kita berdasarkan Research Operatioanl Template (ROT) ni. ROT ni dikhabarkan telah berjaya membantu ramai postgraduates (PG).

ROT adalah ciptaan Dr Othman Talib untuk membantu ramai PG. Boleh download template ni https://www.dropbox.com/s/dqefd9fg5pddlb2/rotplus%20template.docx?dl=0,

cuba fahamkan kajian yang nak dijalankan melalui template ni.

Ini contoh ROT saya (version lama) https://www.dropbox.com/s/px5h5lwldnoc7sb/ROT_preparedness.docx?dl=0

Any questions?



Asas Operasi Tambah

 Mari kita buat latihan menggunakan Liveworksheet. Tambah Set 1 Tambah Set 2 Tambah Set 3 Tambah Set 4