Monday, May 22, 2017

Can Education Institution Implement STEM ? From Malaysian Teachers ’ View



Jurnal akademik pertama Cikgu Farhana dalam bidang STEM bersama penyelia Dr Othman Talib.
Diterbitkan dalam jurnal berstatus ERA Indeks 'International Journal of Academic Research in Business and Social Sciences'. Boleh dimuat turun di Can Education Institution Implement STEM? From Malaysian Teachers' View



Friday, April 5, 2013

Menamakan haiwan yang biasa dijumpai

Aspek Perkembangan : Kognitif, Fizikal, Motor Halus

Bahan:


  • Kad manilakad
  • Marker / Warna
  • Gunting







Aktiviti yang boleh dilakukan:
  • Menyambung garisan
  • Memotong garisan
  • Menghias badan ular


Mengenal jenis makanan yang berkhasiat dan tidak berkhasiat

Aspek Perkembangan : Kognitif, Fizikal

Bahan:

  • Pinggan kertas
  • Katalog Pasaraya / Surat khabar  yang mempunyai gambar makanan
  • Gam / Gunting

*** Maaf, cikgu salah label di pinggan makanan berkhasiat kepada makanan sihat.

 Ini puan penasihat saya, my mentor ... Pn Nor Aisah Parijan

Tuesday, January 1, 2013

Pembelajaran Berpusatkan Pelajar- Ulangkaji

                Corak pembelajaran bersifat tradisioanal adalah pembelajaran berpusatkan guru. Guru akan menguasai semua proses pengajaran dan pembelajaran (PDP) dari mula hingga akhir. Guru yang memberi fakta, guru memberi nota dan kadang kala guru juga yang menjawab soalannya sendiri. Corak pengajaran seperti ini menimbulkan kebosanan kepada pelajar di mana mereka akan lebih bersifat pasif. Sesi pengajaran seperti ini tidak memberi impak yang besar kepada pelajar kerana semua fakta dan nota 'disuap' oleh guru.

               Corak pembelajaran berpusatkan pelajar lebih memberi kesan terhadap proses intelek pelajar. Pelajar diransang untuk menimbulkan tanda tanya pada subjek yang diajar. Kenapa begini? kenapa begitu? dengan perancangan kreatif guru menarik minat dalam set induksi. Kemudian pelajar sendiri akan berusaha mencari jawapan bagi persoalan. Menurut Carl Rogers, pembelajaran yang menpengaruhi tingkah laku ialah melalui penemuan sendiri.

             Mesyuarat pertama mengingatkan guru-guru untuk merancang pelajaran supaya berpusatkan pelajar dan juga didik hibur. Guru seharusnya bersifat kreatif untuk menarik minat pelajar yang sakit. Pengalaman selama setahun setengah sebelum ini menyaksikan bahawa kegigihan pelajar untuk belajar walaupun dari sudut perubatan, mereka sudah tiada harapan. Betapa sayunya hati cikgu dikala semua ubat sudah dihentikan, tetapi mereka masih gembira menerima kehadiran guru. Terima kasih sayang, doa cikgu sentiasa dengan kamu, Al-Fatihah.

            Jadi, cikgu nak ajar apa esok?

             p/s: esok first day cikgu di Sekolah Dalam Hospital PPUKM

Thursday, December 22, 2011

Cuti Sekolah 2011

Nampaknye dah sampai penghujung tahun 2011, kejap jer mase berlalu. perubahan yang besar dalam hidup bila posting tempat baru yang memerlukan kekuatan mental dan fizikal. kejadian 13 oktober 2011 akan aku ingat sampai bile2, baru nak start kerje dah ader wake up call macm tue, cuak aku. Tahun 2011 gak aku start belajar balik, baru habis 1 sem, so 3 semester to go. Bila belajar 12 minggu berturut-turut dengan assingment lagi, rase mcm nak pecah kepala. hbs exam jer, lupe dah. nampak gaye nye aku belajar ni smate2 utk exam, which is lari dari objektif sebenar hu hu.

Bukan tidak mahu update blog ni selalu, tetapi tuntutan dan obligasi terhadap kerja ni berdepan dengan masalah dari sudut kerahsiaan dan etika. Cikgu dalam hospital lagi besar tanggungjawab, bukan boleh suke2 cerita hal pelajar/pesakit kene saman nanti ....

2012, perancangan besar aku ngan kak dila. sebenarnye aku buat byk janji ngan org lain gak tapi smua cm x serious jer. so kalau jadi, kene start kumpul duit btul2, perancangan tue penting.



Macam biasa, nilah aku punye hobi time cuti panjang cm ni. belajar dari pengalaman yer Farhana. Harapan mmg la tinggi menggunung, tp ape nak buat, rezeki kita Allah dah tentukan. Mesti ade hikmah....

Saturday, July 16, 2011

Saturday, July 9, 2011

Back For Good......



After few weeks bawa brg skit2, n pos barang through pos domestic, ni la final barang aku. 29kg. Sedap kene penalty ngan MAS exceed 4kg. 1kg = RM15.

Ayah yang hantar aku mase first posting 2009, Ayah juga yang ambil aku tadi.

Asas Operasi Tambah

 Mari kita buat latihan menggunakan Liveworksheet. Tambah Set 1 Tambah Set 2 Tambah Set 3 Tambah Set 4