Friday, April 5, 2013

Mengenal jenis makanan yang berkhasiat dan tidak berkhasiat

Aspek Perkembangan : Kognitif, Fizikal

Bahan:

  • Pinggan kertas
  • Katalog Pasaraya / Surat khabar  yang mempunyai gambar makanan
  • Gam / Gunting

*** Maaf, cikgu salah label di pinggan makanan berkhasiat kepada makanan sihat.

 Ini puan penasihat saya, my mentor ... Pn Nor Aisah Parijan

Tuesday, January 1, 2013

Pembelajaran Berpusatkan Pelajar- Ulangkaji

                Corak pembelajaran bersifat tradisioanal adalah pembelajaran berpusatkan guru. Guru akan menguasai semua proses pengajaran dan pembelajaran (PDP) dari mula hingga akhir. Guru yang memberi fakta, guru memberi nota dan kadang kala guru juga yang menjawab soalannya sendiri. Corak pengajaran seperti ini menimbulkan kebosanan kepada pelajar di mana mereka akan lebih bersifat pasif. Sesi pengajaran seperti ini tidak memberi impak yang besar kepada pelajar kerana semua fakta dan nota 'disuap' oleh guru.

               Corak pembelajaran berpusatkan pelajar lebih memberi kesan terhadap proses intelek pelajar. Pelajar diransang untuk menimbulkan tanda tanya pada subjek yang diajar. Kenapa begini? kenapa begitu? dengan perancangan kreatif guru menarik minat dalam set induksi. Kemudian pelajar sendiri akan berusaha mencari jawapan bagi persoalan. Menurut Carl Rogers, pembelajaran yang menpengaruhi tingkah laku ialah melalui penemuan sendiri.

             Mesyuarat pertama mengingatkan guru-guru untuk merancang pelajaran supaya berpusatkan pelajar dan juga didik hibur. Guru seharusnya bersifat kreatif untuk menarik minat pelajar yang sakit. Pengalaman selama setahun setengah sebelum ini menyaksikan bahawa kegigihan pelajar untuk belajar walaupun dari sudut perubatan, mereka sudah tiada harapan. Betapa sayunya hati cikgu dikala semua ubat sudah dihentikan, tetapi mereka masih gembira menerima kehadiran guru. Terima kasih sayang, doa cikgu sentiasa dengan kamu, Al-Fatihah.

            Jadi, cikgu nak ajar apa esok?

             p/s: esok first day cikgu di Sekolah Dalam Hospital PPUKM

Thursday, December 22, 2011

Cuti Sekolah 2011

Nampaknye dah sampai penghujung tahun 2011, kejap jer mase berlalu. perubahan yang besar dalam hidup bila posting tempat baru yang memerlukan kekuatan mental dan fizikal. kejadian 13 oktober 2011 akan aku ingat sampai bile2, baru nak start kerje dah ader wake up call macm tue, cuak aku. Tahun 2011 gak aku start belajar balik, baru habis 1 sem, so 3 semester to go. Bila belajar 12 minggu berturut-turut dengan assingment lagi, rase mcm nak pecah kepala. hbs exam jer, lupe dah. nampak gaye nye aku belajar ni smate2 utk exam, which is lari dari objektif sebenar hu hu.

Bukan tidak mahu update blog ni selalu, tetapi tuntutan dan obligasi terhadap kerja ni berdepan dengan masalah dari sudut kerahsiaan dan etika. Cikgu dalam hospital lagi besar tanggungjawab, bukan boleh suke2 cerita hal pelajar/pesakit kene saman nanti ....

2012, perancangan besar aku ngan kak dila. sebenarnye aku buat byk janji ngan org lain gak tapi smua cm x serious jer. so kalau jadi, kene start kumpul duit btul2, perancangan tue penting.



Macam biasa, nilah aku punye hobi time cuti panjang cm ni. belajar dari pengalaman yer Farhana. Harapan mmg la tinggi menggunung, tp ape nak buat, rezeki kita Allah dah tentukan. Mesti ade hikmah....

Saturday, July 16, 2011

Saturday, July 9, 2011

Back For Good......



After few weeks bawa brg skit2, n pos barang through pos domestic, ni la final barang aku. 29kg. Sedap kene penalty ngan MAS exceed 4kg. 1kg = RM15.

Ayah yang hantar aku mase first posting 2009, Ayah juga yang ambil aku tadi.

Friday, July 1, 2011

Aku dan Airport......

Sekarang aku kat Airport KKIA. Thanks to AirAsia, Now Everyone can Fly. RM30 pergi balik. Actually today is my mom's birthday, aku nk suprise kan die last2 aku yg suprise, bus ade problem tadi. Nak x nak, msg mak, minta mak doakan smuanya ok, alhadulillah doa ibu kan power!!!!

Minggu nie mgajar dengan perasaan bercampur baur. Sudah bagi hint kat budak2 yer6. Ape2 boleh berlaku dalam masa yang terdekat nie. Yang pentingnya itu yang terbaik buat kite, Insya Allah. Yang lama x pergi, yang baru x datang :)

Rindu kat budak2 yer one. This week ajar muzik unit 11 : Lagu Jantungku. Aku pun bertanya

Aku : Bila selalu kita rase berdebar?
Damia : Saya tau! bila ada penyingkiran
Aku : :) ??????

Nilah akibat program realiti, rosak minda budak, aku ingt diorg nak jawab bila pekse ke, kene marah ke

Budak2 yer 6 plak aku crita aku punye experience last sunday satu flight ngan fasha, shiha, hafiz, stacy and few others yg aku x brape nk kenal. Ade Jom Heboh kat Sabah mase tue.Diorg boleh tanye, Dafi ade cikgu? ngok btul diorg nie, ni msti psl sepah maharaja lawak

Minggu ni byk aku settle pkr tertangguh, wpun aku g kursus 2 minggu, cikgu piee kate aku yg plg awal hntar tindak susul , n aku dh siap maccs headcount tahap 1. tahniah pada diri sendiri yg mgorbankan mase tidurku

k, dah nak naik flight nie, jumpe lagi (^_^)

Friday, June 17, 2011

JM 40038



Apa Tanda Melayu Jati
Belajarnya Tekun Sampai Mati
Apa Tanda Melayu Jati
Mahu Berguru Duduk Berdiri

Apa Tanda Melayu Bertuah
Menuntut Ilmu Tekun dan Tabah
Apa Tanda Melayu Bertuah
Menuntut Ilmu Tahan Bersusah

Apa Tanda Melayu Beradat
Menuntut Ilmu Dia Taat
Apa Tanda Melayu Beradat
Menuntut Ilmu Jauh Dan Dekat

Apa Tanda Melayu Beriman
Mencari Ilmu Untuk Pedoman
Apa Tanda Melayu Beriman
Menuntut Ilmu Di Jalan Tuhan

Tunjuk Ajar Melayu - Bapak Tenas Effendi

Semoga aku tabah nak mengharungi proses ini. Berkenalan dengan Kak Anita, MPOB Officer, die amik Master Human Resource. Die lagi byk cabaran untuk sampai ke tahap ini, tapi orangnye sangat ceria. Aku percaya semua orang ader cerita masing2, pahit akan manis akhirnye. Insya Allah kita jumpa lagi yek kak, grad same2 (^_^)

Asas Operasi Tambah

 Mari kita buat latihan menggunakan Liveworksheet. Tambah Set 1 Tambah Set 2 Tambah Set 3 Tambah Set 4