Friday, February 21, 2020

Memahami Nombor 1-10 ( Main Dadu)

Kita main dadu hari ni untuk memperkenalkan nombor pada Muaz dan Luqman.

Mereka sangat gembira untuk padankan nombor pada dadu dan kad nombor. 



Lepas tu kita main dengan warna. 

Baling dadu. 

Cari nombor. 

Warnakan😍

Mission accomplished!!! 

Thursday, February 13, 2020

Kegigian Manusia

Hari ini kita ada Aiman in the house!!!

Murid tahun 3 dari Kuala Lumpur. 

Disebabkan Aiman murid baru, dan cikgu silap prepare bahan (dalam RPT minggu ini sudah kelas makanan), maka saya terus mencari bahan dari Youtube.

Kita belajar  tentang kegigian manusia. 

Tengok youtube di link ini https://youtu.be/rElJyPgYXFI

Kemudian Aiman lukis gambar gigi.. Haruslah guna ipad baru cikgu🤩

Di akhir PdPc, Aiman dapat label gigi dan nyatakan fungsinya. 

Yeah!!! 



Tuesday, February 4, 2020

Computational Thinking with Mr Googly

Hari ni baru nak keluarkan Mr Googly dari kotak. Ada bau Shenzen lagi😅.

Hari ni ambil tema Computational Thinking (CT)

Task hari ini ialah gerakkan Mr Googly ke tempat yang dia nak tuju.

Murid kena fikir, bagaimana nak bagi arahan kepada Mr Googly.

Spesifik dan sistematik. 

Gerak berapa langkah, pusing kiri, pusing kanan, kalau tak berjaya, fikir balik kenapa.

CT bukan tentang komputer. 

CT adalah satu cara berfikir sistematik dalam penyelesaian masalah.

#sekolahdalamhospital
#SDHPPUKM

Monday, February 3, 2020

Bengkel Apple Everyone Can Create PGSM

Satu bengkel telah diadakan di Sektor Sumber dan Teknologi Pendidikan kerjasama antara Bahagian Sumber dan Teknologi Pendidikan Kementerian Pendidikan Malaysia, Jabatan Pelajaran Negeri Johor dan Persatuan Guru STEM Malaysia dari 31 Januari hingga 2 Februari 2020.

3 orang fasilitator dari UTEM, Dr Azma, Dr Jup dan Dr Nazimuddin yang merupakan Apple Distinguisher Trainer telah melatih seramai 30 orang guru yang datang dari seluruh Malaysia. 

Saya juga telah berjaya mendapat sijil Apple Teacher selepas bengkel tersebut🍎😍

Syabas! 








Gamifikasi Dadu - Pendekatan didik hibur untuk matematik

Untuk sesi PdPc hari ni saya masukkan elemen gamification + empower.

Saya pernah terbaca dalam artikel bila kita empower murid, self esteem mereka meningkat, sebab keputusan mereka sendiri yang buat. Pendapat ni disokong oleh penulis buku Teach Like Finland, Timothy D. Walker. 

Gamification tak dinafikan salah satu pendekatan berkesan kepada murid, main + belajar. 

Dengan gunakan dadu 10 muka, murid akan tentukan sendiri soalan latihan mereka.

Baling, susun nombor, buat operasi. 

Sangat fleksible, boleh guna dari prasekolah (kenal nombor) hingga tahun 6 (tambah, tolak, bahagi, darab).

Ibubapa pun boleh guna dadu ni, tak payah nak rancang lembaran kerja bagai, spontan sahaja🤩. 

Saya beli dadu dari Sifu Math Muhammad Rauf Fathi

Kalau tiada dadu, boleh juga lontar dadu online di https://www.google.com/search?q=dice+roller

#sekolahdalamhospital
#SDHPPUKM




Asas Operasi Tambah

 Mari kita buat latihan menggunakan Liveworksheet. Tambah Set 1 Tambah Set 2 Tambah Set 3 Tambah Set 4