Wednesday, February 20, 2019

BINGGO CARD

Wee huu... its time for Binggo Card.

Binggo adalah permainan didik hibur yang sesuai dimainkan dalam kumpulan kecil. Permainan ini menggunakan kad score yang terdiri daripada 25 kotak (5 X 5).

Cara sayaa main permainan ini adalah dengan mengisi nombor secara rawak dalam kotak tersebut.

boleh jadi nombor 1-25
atau nombor gandaan 2 ke, 5 ke...
nombor ganjil.. nombor genap






Ikut kesesuaian tahap murid dan kena pastikan murid menulis nombor yang sama.

Dah siap isi nombor, sekarang time to play!

Secara bergilir, sebutkan nombor yang kita nak, bulatkan nombor tersebut. Kita perlu bulatkan juga nombor yang kawan kita sebut.



Jika dapat sebaris 5 nombor yang sudah dibulatkan, maka kita dapat 'B'

Barisan kedua - I

Barisan ketiga - N

Barisan keempat - G

Barisan kelima - O

Orang yang pertama BINGO.... menang!


Permainan Binggo ini boleh kita adaptasi menggunakan simbol selain nombor. Boleh pakai huruf atau perkataan. Tapi kena pastikan murid menulis benda yang sama, nanti tak tally lah permainan tu.

Untuk murid prasekolah, mungkin boleh mula dengan 9 petak (3 X 3 ) dahulu.

Ini templat kad Binggo Saiz B5. Saiz A4

Cuba ya😉


Luv,
Cikgu Ana







Monday, February 18, 2019

BAGAIMANA NAK DAFTAR HAKCIPTA? PATERN? IP?

Selesai urusan hakcipta Dr Othman Talib dan saya.

Nota ini buat sahabat-sahabat yang berhajat untuk daftarkan hakcipta pada masa akan datang, diri sendiri atau bagi pihak projek murid.

1. Dapatkan maklumat
 http://www.myipo.gov.my/en/home/

2. Isi borang - cari borang yang sesuai dengan tujuan kita. Saya mendaftar hakcipta maka saya gunakan borang CR1.
Borang CR1 - jika kita owner & author
Borang CR2 - jika ada adaptasi dari beberapa hakcipta orang lain
Borang CR3 - perlu di isi oleh wakil bersama borang CR1 (yang di isi oleh owner)
Buat dua salinan, satu salinan untuk dihantar, satu salinan untuk simpanan kita, pegawai akan lekatkan nombor pendaftaran.

3. Lokasi pejabat MYIPO di Menara UOA. Turun LRT Bangsar, jalan arah kanan, turun eskalator, pejabatnya di sebelah pintu masuk Tower B.



4.Dapatkan tandatangan Pesuruhajaya Sumpah. Ada pejabat pesuruhjaya sumpah di hadapan pejabat MYIPO, atas kedai mamak. Waktu operasi rujuk gambar. Jika tutup, boleh pergi ke Pesuruhjaya Sumpah berdekatan Pejabat Kesihatan, tapi kena menapak jauh sikit.


5.Jika sudah settle semua (borang lengkap, pesuruhjaya sumpah dan sign surat akuan sumpah), pergi ke pejabat MYIPO. Ambil nombor. Daftar. Bayar. Boleh bayar secara tunai/kad debit/kad kredit.

Kos - boleh rujuk bahagian fees di website. Saya share resit pendaftaran hakcipta saya. RM25 sahaja.





6. Jika nak fotostat atau print, ada kedai printing di atas Cafe San Francisco. Sebelah pejabat MYIPO.


FAQ

-Macam mana kalau ada pihak lain minta ownership?
boleh ammend bila-bila masa. jangan risau
-Apa yang boleh dihakciptakan?
Pegawai tu kata,apa-apa sahaja, yang terlintas dalam kepala, nak hakciptakan pun boleh.

Cikgu Ana ©
Science Educator
Sekolah Dalam Hospital PPUKM



 Gambar Hiasan. Lepas proses IP, saya selalu reward diri dengan Juice of The Day dalam bangunan LRT tu. Yummy!!!


Monday, February 11, 2019

AUTO GENERATE BORANG SINOPSIS BUKU MENGGUNAKAN AUTOCRAT

Awal tahun 2018, satu surat siaran penguatkuasaan Pelaksanaan Mata Kredit Pembangunan Prefessional Berterusan (MyPBB) telah dikuatkuasakan. Pekeliling boleh dirujuk di sini.

Antara salah satu aktiviti guru yang diambil kira ialah Bacaan Buku. Sebelum ini borang perlu diisi secara manual dan dicetak. Jadi saya cuba mengaplikasikan perisian Google Docs, Google Form dan add on Autocrat untuk memudahkan proses pengisian data Sinopsis Bacaan Buku.

Borang asal yang dapat dimuat turun di SPLKPM adalah seperti ini 


1. Adaptasi Borang Sinopsis Bacaan Buku KPM dalam Google Docs. Saya ubah kepada logo terkini dan isikan nama sekolah.

Borang Sinoposis Bacaan Buku SDH PPUKM


2. Cipta satu Google Form berdasarkan borang sinopsis. Buka borang response (daripada Google Form) dan aktifkan penggunaan Autocrat.








3. Save. Isi borang Google Form dan tunggu borang yang diauto generate di email.


Selamat mencuba!

Asas Operasi Tambah

 Mari kita buat latihan menggunakan Liveworksheet. Tambah Set 1 Tambah Set 2 Tambah Set 3 Tambah Set 4