Corak pembelajaran bersifat tradisioanal adalah pembelajaran berpusatkan guru. Guru akan menguasai semua proses pengajaran dan pembelajaran (PDP) dari mula hingga akhir. Guru yang memberi fakta, guru memberi nota dan kadang kala guru juga yang menjawab soalannya sendiri. Corak pengajaran seperti ini menimbulkan kebosanan kepada pelajar di mana mereka akan lebih bersifat pasif. Sesi pengajaran seperti ini tidak memberi impak yang besar kepada pelajar kerana semua fakta dan nota 'disuap' oleh guru.
Corak pembelajaran berpusatkan pelajar lebih memberi kesan terhadap proses intelek pelajar. Pelajar diransang untuk menimbulkan tanda tanya pada subjek yang diajar. Kenapa begini? kenapa begitu? dengan perancangan kreatif guru menarik minat dalam set induksi. Kemudian pelajar sendiri akan berusaha mencari jawapan bagi persoalan. Menurut Carl Rogers, pembelajaran yang menpengaruhi tingkah laku ialah melalui penemuan sendiri.
Mesyuarat pertama mengingatkan guru-guru untuk merancang pelajaran supaya berpusatkan pelajar dan juga didik hibur. Guru seharusnya bersifat kreatif untuk menarik minat pelajar yang sakit. Pengalaman selama setahun setengah sebelum ini menyaksikan bahawa kegigihan pelajar untuk belajar walaupun dari sudut perubatan, mereka sudah tiada harapan. Betapa sayunya hati cikgu dikala semua ubat sudah dihentikan, tetapi mereka masih gembira menerima kehadiran guru. Terima kasih sayang, doa cikgu sentiasa dengan kamu, Al-Fatihah.
Jadi, cikgu nak ajar apa esok?
p/s: esok first day cikgu di Sekolah Dalam Hospital PPUKM
Blog perkongsian bahan bantu mengajar untuk aktiviti Sains, Matematik dan STEM. Semoga bermanafaat!
Tuesday, January 1, 2013
Subscribe to:
Posts (Atom)
Asas Operasi Tambah
Mari kita buat latihan menggunakan Liveworksheet. Tambah Set 1 Tambah Set 2 Tambah Set 3 Tambah Set 4
-
Mari kita belajar cara mengetahui waktu melalui bacaan pada muka jam. Ini adalah muka jam. Ada nombor 1 hingga 12. Jarum pendek ialah jarum...
-
Tarsia adalah satu software percuma bagi membuat permainan berbentuk jigsaw, domino atau card. Saya sudah menggunakan Tarsia sejak beberap...
-
Masih ingat lagi tentang masa dan waktu yang dipelajari pada tahun 1? Jarum panjang? Jarum Pendek? apa kegunaanya di muka jam? Mari kita ula...