Friday, June 17, 2011

JM 40038



Apa Tanda Melayu Jati
Belajarnya Tekun Sampai Mati
Apa Tanda Melayu Jati
Mahu Berguru Duduk Berdiri

Apa Tanda Melayu Bertuah
Menuntut Ilmu Tekun dan Tabah
Apa Tanda Melayu Bertuah
Menuntut Ilmu Tahan Bersusah

Apa Tanda Melayu Beradat
Menuntut Ilmu Dia Taat
Apa Tanda Melayu Beradat
Menuntut Ilmu Jauh Dan Dekat

Apa Tanda Melayu Beriman
Mencari Ilmu Untuk Pedoman
Apa Tanda Melayu Beriman
Menuntut Ilmu Di Jalan Tuhan

Tunjuk Ajar Melayu - Bapak Tenas Effendi

Semoga aku tabah nak mengharungi proses ini. Berkenalan dengan Kak Anita, MPOB Officer, die amik Master Human Resource. Die lagi byk cabaran untuk sampai ke tahap ini, tapi orangnye sangat ceria. Aku percaya semua orang ader cerita masing2, pahit akan manis akhirnye. Insya Allah kita jumpa lagi yek kak, grad same2 (^_^)

Wednesday, June 8, 2011

Putrajaya Oh Putrajaya!!!!


Musim cuti nie seperti aku x lekat kat rumah. Tiap2 hari aku keluar. Hari nie aku g walk in interview untuk Sekolah Dalam Hospital, projek terbaru Yayasan Nurul Yaqeen, KKM and KPM. Masuk interview secara berkumpulan. Kawan-kawan seangkatan sumer best, sangat supportive. Tapi aku nie, cam biasalah, kalau orang lain dah start bercakap, I rather be a listener. Senyum2 siput aku nie mndengar diorang bercakap. Team mate aku Kak Rozyana, Kak Saadah, Kak Az n Kak Annisa. Dengan tempoh mengajar aku yang setahun jagung n English aku yang cam kereta x masuk gear dengan betul hu hu..... x taulah. At least aku cube (^_^)

Projek Hati Nurani mmg aku sokong betullah. Pengalaman sebulan berkampung di Hospital Sultanah Aminah mase tahun 5 masih terpahat sampai sekarang. I still have the scar in my right arm. Struggling to catch up the syllabus after balik dari hospital. Sebagai orang Muor, aku bangga dengan idea bernas ni. Orang Muor memang bijak, telented. Hope satu hari nnt aku dapat la ngajar kat Hospital Muor. Orang tanyer, ngajor kat mane? Aku jawab, Kat hospital. Mesti orang pelik kan?

Balik dari interview, aku telah arahkan driver aku, si Faiz memberhentikan kereta kat depan Bangunan Istana Kehakiman, Putrajaya, Presint 3. Kat situ ader Mr Bola Bola. Sori pada Hazama, Lena, Fina and Azri. Aku dapat pegang dulu ek. Final AF9 akan diadakan 12 Jun 2011, stage pn dah naik td. Aku nengok dari Lawas je la :(

Asas Operasi Tambah

 Mari kita buat latihan menggunakan Liveworksheet. Tambah Set 1 Tambah Set 2 Tambah Set 3 Tambah Set 4