Skip to main content

Posts

Showing posts from October, 2009

Lawatan Sambil Belajar - Balai Bomba n Balai Polis Lawas

Pd 22 Oktober 2009, year 6 students buat lawatan ke Balai Polis Lawas dan Balai Bomba Lawas. Students 8 orang, chekgu 5 orang, kete 4 biji. Memang santai. Banyak info yg diperolehi, kt Balai Polis lebih kepada masalah remaja skarang, hukumannya. Pegi bahagian trafik, narkotik, lwt lock-up. Tp students ni malu2 la, teacher die plak yg bg soalan srh diorg tanye.

Bergambar kenangan bersama Ketua Balai Polis Lawas


Demonstrasi Memadam Kebakaran


Byk gmbr lagi kt Cikgu Wan, tunggu die balik dr Miri nnt ek!

Gotong Royong + Pesta Buah = Penat + Kenyang

Sempena Hari Sukan yang akan berlangsung 30 Oktober yg akan datang kitorang pn buat la Gotong Royong untuk menyiapkan padang and plus jamuan buah-buahan. Orang kampung and ibu bapa datang bawak mcm2 jns buah, yg plg aku suke of course durian. Teringat mase kt kampung di Muar, durian, langsat, rambutan, smua jns buah u name it (kecuali kembayau a.k.a. dabai) berlambak, aku pandang sbelah mata pn x. Jual mahal he....
Bapa2 yang sedang Gotong Royong membaiki grandstand kitorg kt tepi padang.
Baru aku perasan ada grandstand selama ni... he...



Pelajar tahap 1 mengumpul rumput kering
Semangat betul diorang tp cm banyak main dari kerja


Para Ibu prepare the foods!

Kota Kinabalu - Day 4 - Final Day

Vivian, Jerrymia, Racha n Me

Kami dibawa melawat ke Universiti Malaysia Sabah pagi itu. Kebetulan ni musim konvo, dapatla budak2 ni tengok graduan berjubah mengambil gambar sini sana. Semoga ianya dapat menanam semangat para pelajar, berusaha lebih gigih untuk melanjutkan pelajaran di menara gading suatu hari nanti.

Di dalam UMS kami ke Muzium dan Akuarium Marine yang ada menempatkan spisies hidupan laut seperti coral, ikan2, penyu, gamat etc. Memang seronok dan takjub sebab jarang tengok hidupan tu secara live. Yang paling aku suke ikan nemo, comel!!


Selepas itu kami melawat Taman Tun Fuad. Ia merupakan taman rekreasi jadi dapatlah budak-budak ni berjalan, santai2 sambil makan aiskrim. After lunch kami pn bertolak pulang.

Bus 3 mempunyai dsetinasi tambahan di mana kami 'terpaksa' berhenti di Gerai Buah-Buahan di Jalan Lama Papar. Sambil menunggu kami x melepaskan peluang untuk menikmati buah-buahan yang ada. Of course kene beli!


Kami sampai Lawas lebih kurang 4.30ptg. Agak lewat b…

Kota Kinabalu - Day 3

Cikgu Johan, Cikgu Amir, Cikgu Norisma, Cikgu Rahman n Me!
Brrrr!!!!!! Sejuk!

Selepas breakfast kami bertolak ke Kinabalu Park. Kinabalu Park merupakan starting point bagi mereka yang nak mendaki ke Puncak Gunung Kinabalu. Kat sini dapat rasakan 'mist' - percikan-percikan air. Ye la kita ni kan dalam awan!

Walaupun x dapat jumpe real Refflesia, gambar dengan replika pn jadila. We are unlucky coz ini bukan musimnya berkembang, lagipn bunga tu ada kat area Poring yang kita g semalam tu.
me with Vivian


Sebelum turun kami sempat shopping kat Pekan Nabalu. Kebetulan Cikgu John baru lepas bawak cikgu2 sek die ke sini, jd die tau tempat yang menwarkan harga berpatutan. Berlawan-lawan aku ngan Kak Ti membeli.Selepas itu kami melawat ke Pasaraya One Borneo. Pasaraya ini merupakan pasaraya terbesar di Kepulauan Borneo ni. Takjub la budak2, rase nk tertanggal kaki diorang kate. Di sini kami juga terserempak dengan Group Program Lawatan 1 Malaysia dari Kota Belud.
1 Malaysia ye!
Red Cap (Lawas)…

Kota Kinabalu - Day 2

Kami memulakan trip pada hari kedua dengan melawat Bangunan Yayasan Sabah. Bangunan berbentuk silinder merupakan antara mercu tanda di Sabah. Juga dikenali sebagai Bangunan Tun Mustapha. Menjadi pusat pentadbiran dan juga salah satu tempat lawatan di Sabah. http://www.sabah.net.my/nurfirdaus/universiti/webpelancongan4311/warisanbangunan.htm


Selepas itu kamu memulakan perjalanan ke Zen Garden. Zen Garden yang terletak di Pekan Kundasang memang sejuk! . Dari Zen Garden kami boleh nampak Puncak Gunung Kinabalu. Only lucky person je nampak puncak gunung tu sebab most of the time puncak gunung tu dilitupi awan.

Petang kami ke Mata Air Panas Poring, Ranau. Budak-budak happy main dengan air. Aku ngan Kak Ti dah prepare baju x jadi mandi sebab takut kami over exited lebih dari budak2. Ada lagenda yg x berapa popular dimana sometimes ada orang nampak sekawan buaya tembaga dok rendam2 badan2 diorang kt kolam air panas tu. X sure hari tue ada ke tak, tapi buaya tembaga ni baik2 cube mintak duit, …

Kota Kinabalu - Day 1

Saya, Cikgu Norisma, Cikgu Rahman dan Cikgu John (Ketua) diberi mandat untuk menjaga kumpulan murid dalam bas 3. Kenapa bus kami diberi nama bus 3, hari terakhir korang akan tahu kenape. he... he... Mencabar sungguh.

Perjalanan mengambil masa 2jam setengah, as expected, memang ada yang muntah. x pelah, diorang smua survivor!

Kami di Taman Hidupan Liar Lok Kawi

Selepas itu, kami ke Muzium Sabah. Banyak info yang kami dapat di sini, dari sejarah Sabah sehingga ke Kampung Warisan yang menempatkan rumah-rumah etnik yang terdapat di Sabah sepeti Rumah Bisaya, Rumah Dusun, Rumah Lotud, Rumah Suluk etc. Rugi x pergi!!!


Me with Adeline Sim and Tze Fong from SJKC Chung Hwa Trusan.
Amoi ni sesat, aku n Kak Ti pun ikut sesat gak.


Sempat posing kat Rumah Brunei


Kemudian kami dibawa malihat pemandangan matahari terbenam di Pantai Tanjung Aru.


Pastu balik ke Marina Court..... zzzzz........





Program 1 Malaysia - Lawatan Ke Kota Kinabalu

Pada 12-15 Oktober 2009, sekolah-sekolah di Daerah Lawas telah mengadakan Lawatan Sambil Belajar ke Bandaraya Kota Kinabalu, Sabah bagi Program 1 Malaysia Indahnya Bandarayaku Fasa 1 2009. Seramai 14 orang guru and lebih kurang 90orang students menyertai lawatan ni. and I am one of the lucky person yang participated dalam trip 4 days 3 nights nie. Dari sungai, laut, air terjun, air panas, gunung- ganang kami redah and it will become sweet unforgetable memory for all of us especially those students yang tak pernah keluar dari Bandar Lawas.


Dari kiri Cikgu Goh, Ustazah Norma, Cikgu Farhana (me!), Cikgu Norisma, Cikgu Norizan, Cikgu Anna, Cikgu John, Cikgu Rahman, Cikgu Johan, Cikgu Amir, Cikgu Sinin, Cikgu Hadi n Cikgu Norizman

Ramah Tamah Aidil Fitri

5 oktober lepas SK Kampung Lintang buat majlis Ramah Tamah. Bukan main banyak kek dan kuih. Samer sambut birthday aku sekali, cadang nk buat kek yg besar skit tapi x der. Kek coklat yang dibawa pun masuk perut sebelum student nyanyi lagu birthday kt aku. Hanya smpat snap few gambar before bateri camera habis.